Monday, March 30, 2009

Hari Sabtu bersama Siti

Pagi2 kuar jogging (ala-ala berjalan laju juga) keluar kol 7am. Targetnya ke dari rumah pegi ke Petronas kat kg. bendarahara tu, nak kuar duit kat ATM. Best gak jalan2 di pagi hari cuti nih. Jalan tetaplah penuh kereta yang pegi balik. Aku selamba jelah jalan di atas rerumput di tengah2 pembahagi jalan itu. Pegi balik amik masa 40 min je, jalan kaki, maknanya Warta lama tu lagi jauhlah, sebab amik masa 60 min pegi balik.

Balik umah, on internet, bayar utang kawan2, utang ct membayarkan flight aku ke KK nanti. Bayar utang Avon kat Ramlah and berbagai jenis utang yg buleh ku bayar melalui mbb2u. Segalanya buleh actually, but, duit je tak berapa nak cukup, so, aku pun ala-ala kadar je la bayar mana yang penting dulu.

Siap2, gantung baju nak sidai, 2 bakul dah cuci semalam. Cuci pulak kasut jogging tu, jemur, sebab kalu tak jogging, kasut tu jadi kasut aeerobik pulak, sooo, kenalah bersih2kan tapak kasut tu sebersih2 mungkin!

Masak nasi, buat sop fishball. Nasi sejuk tu, aku buat nasi goreng simple. Anak2pun kalu bersayur, berencah bagai, deme tak suka, susah nak pilih katanya, udah deme tak mau, baik buat kosong je, kan, taruh telor je, tentu abis. Siap2, nak kuar, sitizen sms kata soh bagi dia 15 min, nak bersiap. Sian dia, bergegas2 buat keje rumah, sebab nak kuar melepak nih.

Kuar gi amik sitizen (siti) kat umah dia. Sib baik ameer taknak ikut. Soh dia tengok vcd, main game, main computer dan segala yg dia suka. Amal ada klas tambahan, dia balik tengahari, long after aku dah pegi nanti. Sampai kat umah siti, dia tak siap lagi, aku tunggu dalam kereta sambil dengar lagu2 and potong kuku. Dah panjang cam ponti je rasanya. Kami gi rumah kak leha tukang urut dulu, ngurut badan sorang sejam. Rasa lega sesudah badan ini diurut, walaupun sungguh sakit menahan urutan kak leha itu. Siti relaks je, kuar2 angin burpppp bagai, aku takde pulak, cuma sakit bagai ditoreh pisau bila kena tang sakit tuh. Abis ngurut, gi makan terus, lapau giler. Makan kat depan bintang tu, kat ketapang. Dua org, siti belanja, 4.80rm je, wow, rasa nak makan lagi nih. Rasa murah, gitu, kan? Dah kenyang, gi cari hair saloon nak potong rambut lak. Dah 8 bulan nanggung rambut, panjang dah, leceh asik nak ikattttt je. Konsep aku yang ringkas and nak jimat syampoo nih, akupun potonglah sependek2nya. Tinggalkan depan je panjang, ikut fesyen sapa tuh, Sy. Aleya ke hapa.. heheheh..perasan gak! (Kecewa gak, kanda still kata tak cantek, ada je kurangnyer aku ni pada mata dia - redha je la!!).

Ingat nak tengok wayang citer talent time yasmin tu kat Capitol Slayang, butt, mana ndak ada kat pekan kecik ni, citer tu.. Citer tamil adolah, citer omputeh yg tak fofler adalah. So, kami gerak terus ke Slayang mall, gi kedai Cosway beli barang. Ada pertandingan karaoke nih. Suara sumer best2, ingat ke betui2 ada fezal tahir, rupanya org lain… hihhi..
Last, lepak kat Secret Recipe makan kek, makan kek and makan lagi. On the way balik, gi amik kak long ika anak siti kat tusyen, di selayang permai.

End of the day, seronok, sebab bersama ngan siti. Good fren mmg good company, kan?

2 comments:

  1. at last si butter datang gak menjenguk acik ye?

    welcome back fren!!

    ReplyDelete