Sunday, March 08, 2009

Ikan bakar lagi..

Hari ni Ahad, cuti. Biasalah.. kalu cuti, nak makan sepesel la kanda beta tu!
Maka dia cadang nak bakar ikan, sementelah membakar ikan di minggu lepas di Ulu Yam tu rasa sungguh mudah dan rasanya juga sedappp.

Bertungkus lumuslah dia membakar ikan cencaru kegemarannya. Beli di NSK tadi pagi.
Aku buat cecahan asamlah, as the usual, kalu ada ikan bakar. Tak sempat nak contact sesapapun, maybe tak sempat or maybe aku sendiri pikir malas nak dihampakan bila kita harapkan orang lain nak berseronok..

Aku masak nasi, goreng telor dadar dan tahu & fishball masak kicap. Amal & Ameer balik tekwando, siap2 terus makan. Amal tak sihat, sian, lembik. Makan ubat pastu lena. Selasa ni dah nak peksa, dia pulak demam, cemana nak mbuatnya???

Nanti petang kena bawaklah gi klinik tu.. Takkan nak biar melarat, kan? Ubat dah makan, tak lega, how?

1 comment:

  1. waa..sodapnyer ikan bakar...patut x ingat kawan

    ReplyDelete