Monday, June 08, 2009

Cuti sekolah datang lagi...

Yang paling best kalu cuti sekolah adalah budak2 sekolah la ye?
Yang paling tak seronok ialah anak2 yang tak dapat berseronok kalu cuti sekolah, kan?

Akupun amik cuti sempena cuti sekolah jugak, 3 hari je. Khamis, Jumaat and Senin. Dapat 5 hari relax altogether. Heheh.. buat apa? Takde mende, memang bosan giler sebab aktivitinya cuma gi kenduri.. siti shu tunang, gi besday parti anak yanti (penyewa), jalan ke pasar, beli barang2 dapur, pegi bank dan pegi rumah makyang (kakakku). Tu je. Berapa punya best ker...

Entahlah, harini last day cuti. Aku decided bawaklah budak2 ni gi tengok wayang. Deme tentunya nak nengok citer transformer... weh.. akupun ndak, tapi kenalah tunggu 24 june nanti, baru kuar kat panggung... so, at the moment, apa2 citer je la yg ada kat panggung selayang capitol tu.. Last2, kami.. (kanda takde, keje) bertiga, dah sepakat nengok citer monsters vs aliens.. best gaklah... sebab akupun mmg teringin nak spend masa ngan budak2 ni, kasi deme hepi sket dengan umi. Umi cuti 5 hari, inilah yang umi dapat bagi korang gumbira.. harap2 mereka seronok..

Udahler dulu... lenkali macik citer lagi.. buhsan bebeno nih...

1 comment:

  1. Maaf mencelah. Sekadar ingat-mengingati. Berita gembira dari al-quran kepada yg mbacanya.

    Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete