Wednesday, October 28, 2009

Lapau malam semalam

Semalam balik petang, singgah umah mak. Mak goreng ubi kayu. Potong kecik2, dan sangat rangup.. sedap. Minum petang la kiranya tu. Sampai2 tu kan lapau, kan?

Ameer plak baru balik sekolah, mandi terus makan jugak.

Balik umah, cek peti ais. Takde ikan.. apa pun takde. Sayur juga nggak ada.
Cek purse, takde duit jugak.. eh, bukan takde, ada lima hengget. Nak makan apa 5 hengget utk 4 orang?

Udah.. malas, pakat takyah makanlah.

Call kanda, dia lewat lagi katanya. Ishhh..
Dia siap tanya ada lauk apa.. aku kata je lah, takde apa2, duit pun takde nak beli.. takdepun dia rasa bersalah ke hapa... haiii la badannnn...

Pakat tengok tivi 3 beranak till adik tertido.. Tak lama tu, kanda balik.. bawak buah durian ko, ada 7 biji kot. Maka, perut yg agak lapar tu, ku isikan dengan buah duriannnn...

Kenyang jugak hingga ke pagiii.. Alhamdulilllah..

No comments:

Post a Comment