Wednesday, October 07, 2009

Sambal Goreng Cili Api with Ikan bilis

Bahan-bahan
Cili api RM2.00 - ditumbuk /blender halus
Ikan bilis - 1 kg (kopek dan belah)
Bawang merah 7 ulas - blend
Bawang putih 7 ulas - blend
Bawang besar 2 biji - blend
Air asam jawa - 2 sudu besau
Minyak untuk menggoreng
Garam - secukup rasa
Gula - 4 sudu besau
Cuka - 2 sudu
Air - 3 sudu

Cara-caranya:
1. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
2. Tumis bawang merah, putih dan bawang besar hingga garing dan masukkan cili api yg telah dikisar halus. Tumis hingga betul2 kering dan naik bau (hingga anda buleh terbatuk dibuatnya).
3. Masukkan gula, garam, air asam dan sedikit cuka dan kacau hingga sebati dan tutup api.
4. Biarkan sambal menyejuk lebih kurang 30 minit. Ini yg sebabkan ikan bilis tu garing walaupun tak simpan dalam bekas kedap udara.
5. Bila dah sejuk, buka api dan masukkan ikan bilis yg telah siap digoreng tadi, kacau perlahan-lahan. Jika terlalu kering, masukkan air dan teruskan mengacau hingga sebati.
6. Siap untuk dimakan dengan nasi, roti, biskut atau dimakan begitu sahaja.

3 comments:

  1. Iyeke kak, insya Allah, aku rajin, aku buat lah..terima kasih lah, susah2 tulih recipe dlm blog mu.

    ReplyDelete
  2. kak,ko letak resepi kat sinie nak suh aku wat sendirik ek? (tersentapp nih!)

    ReplyDelete
  3. dear gang..
    kalu nak buat, buatlah..
    kalu tak nak.. tunggu je sampai aku buat, then makan.. udahhh!!

    ReplyDelete