Malam sebelum raya itu
Malam raya aji tu.. kanda balik lewat. Sian anak2 tunggu dari siang sebab nak balik kg, kan?
Aku tak heran ngat sebab kat umah makpun kecoh ngan anak2 Makyang (akak ku) yg beramai2 memeriahkan rumah
Aliaa dtg dari pagi tolong opah buat keje apa yg patut. Masa aku balik keje, semua dah siap, rendang dan ready, kuih cornflakes pun dah siap dalam botol. Nasik impit jugak udah disejukkan dalam dulang. Apa lagi? Aku volunteer nak goreng ayam bawak balik umah aku supaya mak senang nak buat masak merah.. tu je.
Aku takde selera ngat nak masak2 ni, nak makan je, boleh? Kanda plak takde, lagilah takde selera nak buat sesemua tuh.
Kanda balik bawak kereta Pajero boss yg agak besar. Lega hati aku.. buleh la aku guna kereta nak melenjan ke mana2 nanti. Cewahhhh...
Puas aku pujuk Ameer, akhirnya dia nak tinggal di rumah dgn aku... tak jadi ikut ayah dia balik Pahang. Berattt je aku tengok dia nak buat keputusan tu. Masa dia sangkut balik baju dia dalam lemari, aku tengok meraahhhh mata dia menahan sedih. Tulah pengorbanan yg besar dia buat pada aku. Tulah tanda dia sayangkan aku. Kanda.... nak kata nak pujuk aku ajak balik kg jugak takdelah... udahlah. Not that i would give in kalu dia pujuk pun, but, at least kau pujuklah kan?
Memang udah tak kisah.. takde bini di sebelah pun takpe, ye?
Hari raya itu
Pagi raya tu aku terbabas bangun. Adik pun sama. Syahdu semacam.. Makyang dah sampai kat umah mak. Datang ngadu kat umah aku dia dah accidently tercabutkan kepala paip kat sinki umah mak. Ngamuk abah. Air melimpah, tak buleh tutup... lantak, hari raya korban, mak kena korbankan air pulak... hihi.. kesian Makyang. Tak pulak dia rasa bersalah.. "bayar je lah bill tu,".. katanya...
Lepas makan dan beberapa kali makan, acu datang dgn kuarganya. Kami decided nak gerak ke Klang, gi melawat sedara mara di sana disamping melawat nek ucu yg kena strok hari tu. Mak la yang paling tak sabar selagi tak jumpa nek ucu dan tengok keadaan dia. Sib baik dah lega sikit, dah buleh gerak2 kan kaki tangan selepas dah diurut 2, 3 kali.
Kami gerak ke rumah along lepas tu. Makan tengah hari pukul 4 lebih, mana tak lapau? Sib baik along masak, kalu tak, pakat makan kat kedai segeralah kami haritu. Dari umah along, kami pegi pulak umah aunti bibah. Dia nak tunangkan anak dia esoknya, but since kami dah datang haritu, kami pegi je lah melawat. Makyang esoknya nak keje, so takde driver. Aku plak, takmo sesat barat kalu aku yg drive, kan?
Balik umah dah malam. Elok2 je nak tengok Nurkasih episod akhir. Cam haper je citer tu. Aku dah tau sebab dah baca sinopsis.. cemanapun aku tengok jugakkkk.. Jumpa balik Adam ngan Nur kat dalam ketapi???
Sebelum tido, aku ngan adik tengok tivi citer Taubat Nasuha. Sedeynya.. aku ngan adik tangkap leleh. Aku ni mmg lah jenis senang nak nangis, rupanya, adikpun samaaaa... ada gak sorang yang ngikut emaknya ek?
Kanda sampai rumah malam tu around 12.45. Aku dah lenaaaa...
Tulah dia kisah boringku di hari raya hajiiii...
it's how i look at my life and family and my passion for good health and inner beauty!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023
Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih. Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...
-
ku mimpikan kedamaian di dalam kesederhanaan satu kehidupan ku rindukan kemesraan bersama senyum keramahan tiap pertemuan bila re...
-
mari kita lihat apa yg istimewa tentang wanita siam ini: saya petik dari blog kawan bisnes saya, tok siak ni.. http://guaraterapi.blogspot....
-
inilah dia surat layang yg akak terima last week. best kan.. bukan calang2 org dapat surat layang ni tauu.. kalu tak artis, tak menteri ta...
No comments:
Post a Comment