Thursday, January 14, 2010

down down down

Hari ni letih sangat rasanya. Bila umur meningkat ni, senang benar terasa penat bila banyak keje kat opis. Walaupun keje ngadap pc je, tapi keletihan tu.. memang obvious sangat.

Udahlah ada kawan2 yang pelik.
Cakap pun macam nak makan orang, tegur baik2 .. cuba kata camni "apa kabau kau.. dah sarapan lum..?" sejukkkk ati kita, kan! Ini tidak..siap jegil2 mata lagi.. susah ke nak cakap baik2? Garang tu baik benor ke?

Ada pulak yang rasa diri tu baguih dah, tegur tak buleh, palang kita, putus sahabat..
Lepas ni aku tak mo dah tegur, aku insap.. memang korang semua dah besau panjang, akak ni sapa.. tak layak langsung menegur, kan?

Ada gak yang cepat no melentingnya.. ate.. dia je betui?

Aku ni mmg la orang yang sangat lemah Allah ciptakan, tapi, sebagai kawan2, we shd support each other, ye tak? Tulah namanya kawan..

1 comment:

  1. mcm kenal jek, siapa kah gerangannya tu... ops, aku rasa cam aku yg mkn cili plak.hihihi.. mintak mahap ye kak, kalau menyinggung perasaan mu...

    ReplyDelete