Tuesday, January 12, 2010

Pening lalat

Aku yang pening, tapi lalat yang dapat nama ..

Pagi tadi sampai awal, tak ingat plak nak bukak Fb, but, check member2 sapa dah masuk, sebab nak gi bekfest. Aida tak masuk lagi, sitipun tidak, yang dah masuk cuma echah... maka, echahlah yang ku ajak berserapan bersama2. Untung masih awai, kalu tak, takkan si echah nak melayan aku ni, kan?

Kami makan2 sambil bincang2 hal kami nak ke Kuching ujung bulan nih. Excited tu taklah berapa ngat, sebab wang tak berapa nak banyak. Pegi tupun tataulah dapat menshopping ke idak di sana nanti. Banyak duit nak guna sementara nih...

Akmal masuk kelas tajwid - duit.
Laptop pulak masuk service - duit lagi
Nak berjalan ke Kuching nanti ... duit belaka nih..

Aku dok fikir2 sambil minum kopi o pekat tadi, eeeiii, pahit and masam rasanya kopi nih. Tak sesedap yang ku jangkakan.

Tulah yang menyebabkan aku pening lalat sampai sekarang nih..

Pastu aku mula berangan... kalu kanda tiba2 bagi aku 50,000, apa aku nak buat yek?
1. Abiskan utang kereta, so lepas ni bulan2 ada 600RM lebih.
2. Abiskan utang kredit kad, so lepas ni ada 300RM lebih.
3. Baki tu nak simpan ... or belanja

Ha... syiok gak kalu boleh berangan2 kan? Bukan kena caj pun, ye tak?

4 comments:

  1. berangan pun apa salahnyer...if it make u happi, tapiii tang dpt duit tuh?? eemmm susah nak komen :) btw berjalan lagi su, ke kuching dgn keluarga ker dgn kekawan

    ReplyDelete
  2. ekekeke...sihat apa berangan

    ReplyDelete
  3. ok lah tu kak, lalat tuh ok sket lah, dari bab tony yg sokmo dpt nama kan??? iyelah, memang best, kalau dapat RM50k. Saya akan sedekahkan pada fakir miskin, umah amal kebajikan (statement cliche) maaa..nan adooooooooo...

    ReplyDelete
  4. Cik anonymous yg sangat anonymous..
    skrg ni tak berapa nak hepi..
    ntahlah

    hemy...
    sihat betuilah yg pening2 nih..

    Syurei..
    ko pun suka berangannn, kan... sedekah ye.. mmmm

    ReplyDelete