Tuesday, May 18, 2010

Manja sangat la engkau niiiii...

Aku rasa nak marah pun ada, tapi nak marah ke sapa?
Kelmarin tu, hari Ahad, tak sangka lepas makan lunch, kanda kata nak bawak budak2 gi tengok wayang, citer Ironman 2. Entah apa citer bodo dorang nak tengok.. anak2 kita ikutkan je lahh. Show kol 5pm, tapi siap2 tido dulu, solat asar, itu ini bagai, kuar.. start kereta, tak boleh pulak.. ko tak hangin ke? Show kol 5 berlalu gitu je..

Dah guna jumper, start pulak ditolong dek indon sebelah rumah ni. Lega, tapi masa tu dah kol 6 lebih. Stop pulak kat petronas isi minyak dulu... Ya Allah, lepas matikan enjin tadi, rupa2nya tak buleh start lagiii.. I guess bateri dah bodoh la kereta tuuu.. Maklumlah sama tuanye kereta tu ngan aku ni. 49.93 taun dah umur dia kalu ikut kondishen dia tuh.. Siannn kembara.. berbagaiii ko kena ngan aku ye? Kita ni sama2 meniti usia tua, i mean, usia matang.. hehehe.. makin teruk ye, ujian kita ni?

Makin aku perlukan engko sangat2 utk jalankan bisnes aku, makin kau tak mau berjalan...
Aku redha.. Entah apa lagi ujian Allah nak turunkan pada aku ni.

Udah malas nak buat apa2, aku tau aku takde peruntukan lagi dah nak repair dia, so, biar dulu. Aku naik moto jelah ngan kanda gi keje till stesen LRT. Then kalu ada chance, naik moto, merempit lah waktu baliknya... Selalunya ni, aku kena naik bas laaa, since tren tu takde bas pulak di umah aku di ulu tu.

Naik bas ke tren ke aku kena tempuh semua tu. Makin tua, makin susah pulak. Sepatutnya makin tua, makin mudah, ye tak? Abis.. tak semua org sama dugaannya. Naiklah balik public transport katanya. Aku bukan nak mengada2, tapi aku rasa semua ni buat aku realize, idup ini bukan selalunya cerah... selalu mendung, sib baik tak ujan ribut... gitulah.

So, janganlah aku nak ngada2 manjakan diri. Kena jadi tough for my own good. Biar susah dulu, adalah bahagia menanti di hadapan sana.

No comments:

Post a Comment