Thursday, September 23, 2010

kisah raya 2010

boring ek..
orang lain dah buat entry, aku baru terhegeh2

well.. lantaklah
akupunya sukalah

aku cuma nak citer bila aku rasa nak citer, gaya akulah

gini kisahnya..
taun ni, aku ikut kanda and family beraya di bukit mendi pahang, umah kak zizah, kak ipar ku yg no. 2. boleh katakan situ jelah yg rasa kanda macam dekat ngan kuarga, sejak mak takde dah ni.
so, sehari sebelum raya, tengahari, kami dah gerak drive ke sana.
aku tak berapa nak suka, in fact, aku sedih bila salam tangan mak abah, tinggaikan dorang berdua je kat umah masa tu. well, aku kena ikut laki, kan.. kaedahnya ada laki ginilah.
tensionnnn...
aku sabarkan hati bila ngingatkan nak menghepikan laki, aku redha jelah.
kak zizah umah dia sgt pack ngan kuarga sedara mara. abis, semua pakat nak raya situ, yg dari perlis pun turun ke situ, yg dekat jauh, semua situ, maka packlah. dia sibuk masak tu, masak ini, masak lagi dan lagi dan lagi.
yg penting, laksa and mihun sup musti ada.. kata kanda.

pening.. bila raya, tatau nak jalan ke mana. bukannya ada sedara mara dekat2 situ
pakat amik gambau reramai. tumpanglah kamera dorang, since kami tak beli lagi kamera cam tu yg tak pakai filem tuh.. hihi.. rasa kolot sangat bila semua org dah guna kamera jenis tu..
lepas puas makan2, bergambau2, kami pakat pi jalan ke rumah2 jiran sebelah kiri umah kak zizah. 4 rumah semuanya. makan best2 lah, maklumlah hari raya.. paling takhengat diri adalah umah cik limah, makan satey.. haa, umah dia mmg tiap2 taun bakar satey, sooo, satey is tajuk utama tauuu... umah korang tentu takde satey kan?

tu jelah.. lain2, melanguk kat umah.. makan, tengok tivi, borak2, makan lagi, tido..

eiiii... nak balik sangat, tapi ku tahankan jua sampaiiiilah malam raya ke dua baruuuu dapat balik selayang, beraya di umah makku pulak..


entahlah.. berpuluh taunpun aku tetap suka beraya di rumah makku jugak... lantak!

No comments:

Post a Comment