harini jumaat, blum sabtu tau.. kenala keje...
sib baik macik meroyan tu takde harini, kira peaceful sgt.. maklumlah, takde bad aura or bad vibration kat working area aku nih.. aku rasa aman giler nih.. hepi je keje..
tapi aku haf day, petang nanti aku cuti.
mak aku nak buat rendang, so aku nak tolong apa2 yg patut. semalam dah beli daging, lupa plak beli santan. aku la kena motong daging2 tu semua. ntah apa buat rendang takde santan.. hahaa.. yg rempah2 rendang ni mak aku dah siapkan since last month lagi, simpan freezer, punya beria-ia kauuu...
pasai apa buat rendang, bukan raya haji, cuma deepavali, tupun next week, tapi aku islam muslim, tak sambut tu, tak.. aku nak pi melaka, holiday.. heeheheh, rendang ni makan masa piknik kat air keroh esok, sebelum cek in kat everly.
org pi cuti gilah beijinglah, ostolialah or abis2 gi singapore ke, kan... aku ni, gi melaka je.. well... aku pedulik hapa.. bukan aku mintak duit ngan sesapa, ye tak?
inipun bukan senang tauuu nak arrange.. ini family trip gitu.
adik beradik nak kumpui senang ke? inipun last minit abah aku and acu, adik bongsu aku tak dapat pi. well, aku nak angkut 2 org anak acu pegi sama, si nisha and daniel, biar dia dapat kumpul semua sepupu2 nanti and bergumbira di tepian pantaiiii.. cewahhh!
so, itinerary kira masih kabur2 ni, but aku dapat ingat jugaklah apa2 yg aku plan ni.
hari 1
- nak lunch / piknik kat air keroh punya taman, taktaulah mana
- lepas cek in, nak gi check out the beaches.. mandi laut la sapa2 yg minat
- petang ke malam, nak makan ikan bakar at the nearest kedai ikan bakar, dont forget ikan stim and all the other seafood in town
- malam sebelum tido, nak ajak dorang menikmati suasana malam di tepi pantai sambil borak2 satu kuarga
hari 2
- lepas bekfest, nak pi jalan2 bandar melaka till lenguh and have lunch outside
- petang nak mandi laut and organise games for the kids (bola sepak, futsal, tarik tali & gusti/sumo)
- malam, pakat cari tempat dinner yg lain, yg paling best in melaka town (sambil tanya sapa sudi membelanja..hihhi)
- balik hotel, organise in door games for the kids (monopoli, komputer games and silap mata by pak teh)
- in case ada yg berminat, sessi karaoke akan dijalankan di sekitar hotel, kalu necessary
- sebelum tido, sessi muhasabah diri akan diadakan bagi setiap ahli keluarga sambil membincangkan hari kuarga pada taun hadapan
hari 3
- lepas bekfest, sessi shoping dan melawat pantai dan mandi sampai lebam
- packing and cek out
- sessi bergambar beramai2 seblum aktiviti bebas & balik
tu jelah, kalu ada gmbo kita letak in next entry ke apa..
it's how i look at my life and family and my passion for good health and inner beauty!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023
Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih. Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...
-
ku mimpikan kedamaian di dalam kesederhanaan satu kehidupan ku rindukan kemesraan bersama senyum keramahan tiap pertemuan bila re...
-
mari kita lihat apa yg istimewa tentang wanita siam ini: saya petik dari blog kawan bisnes saya, tok siak ni.. http://guaraterapi.blogspot....
-
inilah dia surat layang yg akak terima last week. best kan.. bukan calang2 org dapat surat layang ni tauu.. kalu tak artis, tak menteri ta...
No comments:
Post a Comment