Monday, November 15, 2010

ICU dan kupang

anak sedara kanda kat Muar accident, still kat icu.
semalam baru dapat peluang nak gi melawat, walaupun dia blum sedar. kat hospital pakar sultanah apantah, kat muar tu. all wired up, siannn dia. masih bergantung pada mesin jugak. semoga cepat sembuh.


ingat kanda nak bawak kami terus gi melawat kat spital, tapi knowing kanda, takdenya nak gesa2 der, lagi2 kuarga dia..


abg zen pulak jenis yg pandai masak, so, kami sampai tu diapun dah siap masak. apa lagi.. makanlah lunch duluuuu...


ada lauk kupang as usual bila pi makan di rumah dia... aku suka jugaklah, but idaklah giler amek.




cakap ngan kanda, balik nanti kita beli utk mak ye?


kanda ok sgt, diapun suka menda2 ni..


so, membeli kupanglah kami semalam, dekat 8 kilo kauuu..

kupang yg fresh, warna itam kehijauan


sampai umah, singgah dulu umah mak, sib baik umah mak depan je dari umah aku..mak suka, katanya dah lamaaaa tak makan kupang, so, merebus kupanglah kami semalam
pastu, makan sampai insaf..
pastu mengopek sebab takkan nak simpan ngan kulit2 dia tu..
adoii... dahlah dari muar sampai umah dah kol 8.40 gitu.. kopek pulak till ntah kol 10.50.

pikir2 cam sakit je tangan2 semua, sampai terpikir malaih nak gi keje..
ada ke? kupang tu tak bersalah laaa... ko yg gatai.. haaa... rasakan...

kupang selepas direbus, sudah terbuka... senang nak kopek/makan.

2 comments:

  1. Sedapnya kupang .. lagi2 yg fresh, slurp slurp.

    ReplyDelete
  2. a ah, mmg sedap, buat rendang pun kelas kan.. makan raya aji tu..

    ReplyDelete

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...