Monday, December 27, 2010

cuti 2 hari je

hi..
apa kau buat cuti 2 hari weekend?

takde apa2 kan?
aku lah.. dari sabtu, kejenya tengok tivi je.. ntah apa2 aku tengok..
eh.. lupa nak bitau, anak2 pakat nak tido umah makyang dia
so, aku antarlah dorang sekali gus mengantar anak2 makyang balik...

ni kisah malam 24hb tuh.. aku diajak karaoke kat tmpt biasa.. sementelah belanja aliaa yg berjaya dapat 8A pmr. takpelah, aku suka je, so.. kami layan 3 jam kat karaoke.. am and the girls and jali and kami pulak laki bini je..

it was fun, walaupun liza adikiparku tak dapat join

pastu sabtu udah takde budak2 kat umah, sunyilahhh.. lain benau rasanya.. kanda subuh2 keluar kena keje pastu tup2 siang dah ada tido kat feveret chair dia... ntah aku tak dengar dia balik kol baper.. heheh.. baik tol bini dia, kan?

ajak kanda bekfest berdua kat pasar.. nak ke dia? eh eh.. dia nak laa.. heheh.. pegilah kamipunnn. beli ikan and sayur sikit2.
lunch tu aku masak sempoi2 je, ikan masin goreng, ikan goreng, masak pindang ikan selayang and kailan goreng udang. sedap je makan.. layan 2 pinggan tuu.. hheheh

petang tengok tivi lagi.. apa ke lagi nak dibuat.. sesambil lipat kain
kanda dapat call kata anak2 nak kena balik dah.. sebab esok pagi makyang and family dah nak balik kuala pilah.. so, kanda lepas maghrib, pegilah menjemput anak2 balik.. tak puas lagi duduk berdua cam baru kawin, udah anak2 balikk.. hahahah.. mmg tak seronok sebenarnya berdua je kat umah ni.. kurang bunyik kaedahnya..

ahad, kanda kena kuar petang pulak, so, pagi pakat pi pasar lagi bekfest ngan budak2 sekali. tinginnn nak belikan mak hadiah besday dia semalam.. tatau apa hadiah nak kasi.. kain batik, brooch or gelang kristal.. i ended up belikan mak compact powder.. sib baik mak suka. belikan jugak lauk paru goreng sambal utk dia tambah2 lauk lunch dia ngan abah nanti. hepi besday mak, kami sayang mak sangat2!!

aku pulak utk lunch masak lagi.. penat, tapi masak jugak.. ada org kata aku tak pedulikan anak2 aku.. asik pi sana sini, tak kisahkan makan minum anak2 aku.. tapi dia tau ke.. dia tinggal serumah ke ngan aku sampai boleh buat statement gitu? alah malas layan org2 takberotak gini.. suka buat org lain rasa salah sedangkan dia tak buleh nak buat macam kita.. apa kes.. kan?

eh,.. tulah, nak citer aku masak apa lunch, tiba2 termelalut.. heheh.. kes gerem nih..ok, aku masak ikan goreng bersambal, sayur kailan udang berkuah.. for adik (special kuah dia lebih).. telur dada and goreng ikan sepat pekasam. sronok tengok kanda makan.. mmg berselera dia kerana sukakan ikan pekasam tuh.. akupun dah suka nih.. sedapppp.. nyum nyum..

layan tivi lagi.. and tido.. wahhhh.. kanda yg bersiap pi keje petang tu pun aku tak sedar.. punya syahdu dapat tido kauuu..

tu jelah dulu ye.. will write again soon.
adios

No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...