Monday, February 21, 2011

empayar cinta stapa
















Sengaja aku petik sikit dari petikan dalam kosmo online, segmen intuisi cinta tentang cinta pasangan idola aku sekarang nih.. dato stapa & dato' azlina, buat motivasi diri aku sendiri!!



....."Sikap suka meminta maaf dan memaafkan orang lain menjadi amalan kami suami isteri yang turut diajar kepada anak-anak, malah juga diterapkan di kalangan kakitangan kami dan pengedar.








"Saya juga amalkan pendekatan mengalah dan tidak sesekali mengecilkan hati suami di rumah ataupun di pejabat. Saya juga bukan jenis yang cepat makan hati kerana saya faham sangat lelaki ada ego tersendiri dan kalau saya sendiri tidak mampu nak mengubah apa-apa, saya kena gunakan saluran lain untuk luahkan idea saya. Itu kalau urusan DCL tapi untuk perniagaan saya, D'Navechee, 100 peratus keputusan di tangan saya," jelas Azlina berterus terang.





Mengorek rahsia keharmonian hubungan mereka yang sering tercabar dek kesibukan urusan perniagaan, Azlina memberi petua. Kelembutan wanita itu pencair kepada kekerasan lelaki.





"Saya tak boleh tidur kalau suami tak bercakap atau bermasam muka. Kalau siang hari saya tak berjaya memujuknya, saya akan gunakan waktu malam sebaik-baiknya. Setiap malam kami tidur berpegangan tangan. Dari situ pautan kasih sayang akan bertambah erat.





"Paling penting kita kena kembali kepada didikan agama. Isteri yang tidak bercakap dengan suami lebih daripada tiga hari akan dilaknat oleh malaikat. Saya pilih buat yang terbaik kepada suami kerana syurga terletak di bawah telapak kaki suami," kata Azlina.





Ibarat ular menyusur akar; kata Azlina, kehebatan seseorang wanita itu tidak akan luak jika beralah kepada suami.





Hubungan mana yang tidak bergoncang dengan masalah, suami isteri mana yang tidak pernah bergaduh dan perkahwinan mana yang tidak ditimpa gelora, begitu juga dengan pasangan jutawan ini.





Untuk bercakap tentang kesukaran dan cabaran yang telah ditempuhi bersama pula, hanya 'mati' belum mereka rasai.





"Kalau nak cerita dah jadi Hikayat 1001 Malam jadinya. Di sebalik kesukaran itu ada kesenangan, cuma kesenangan tersebut terselindung.








"Orang selalu tanya saya berapa banyak aset milik saya ketika ini. Saya kata aset ini semua hanyalah lima peratus daripada keseluruhan aset yang saya ada. Semua terkejut! Tapi saya cakap, 95 peratus lagi aset saya ialah air mata darah yang telah tumpah.





"Kami pernah dihalau keluar rumah kerana 10 bulan tak bayar sewa, kereta kena tarik, diisytiharkan bankrap dan pernah dihalau dari bangunan diduduki sekarang kerana bangunan itu dibeli oleh orang lain. Ketika itu kami ibarat berada di tengah lautan dan di sekeliling kami ada tsunami. Waktu itu, saya hanya ada dia dan dia ada saya, itu sahaja," getus Stapa, larut seketika dalam memori getirnya.





Isteri adalah kekuatan suami dan suami pula kekuatan si isteri, ini antara pelajaran yang boleh dikutip daripada kisah lampau pasangan berhati waja ini.


Kata pasangan ini, gantungkanlah impian setinggi bintang, kalau jatuh sekalipun ia tersangkut di atas awan. Rendahkan hati kita serendah mutiara di dasar lautan, seandai timbul sekalipun, ia akan tersangkut di antara batu karang.





kredit to kosmo online

2 comments:

  1. Assalam..

    Membaca kisah & kesukaran hidup org lain amat bagus sebagai motivasi pada diri kita.Dgn itu kita dpt membaca pengalaman pahit manis sblm mrk berjaya.Kdg kala tiada jalan mudah untuk berjaya.

    ReplyDelete
  2. dear ozzy,
    thanks for commenting..

    memang saya suka membaca yg pahit2 supaya saya dapat merasakan kesusahan mereka, dan bukan saya merasa saya ni susah, kerana ada lagi yg lebih susahhhh.. gitulah..

    ReplyDelete

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...