Tuesday, February 21, 2012

mak dan abah

sapa tak sayang mak dan bapak dia?
meh aku seligi kepala dia sekali


cuba ingatkan jasa kedua2 ni pada kita.. ya allahhhh.. tak terbalas kita, walau apa carapun mmg takkan terbalas apa dorang dah buat dan berikan pada kita.
mak and me, 1 year back

abah aku nak masuk 72 this year, dec. nanti.  mak pulak 70 this year, dec. jugak.  recently dua2 tak sihat.  actually, my mom mmg since i kecik2 lagi dah ada high blood pressure and recently ada diabetis jugak.  abah plak recently ada sakit paru2 la.. mmg dia heavy smoker dari muda2, but, abah bukanlah sorang yg selalu sakit.  dia macho all the time.  masa mak sakit, abahlah jaga kami, pi ganti2 melawat mak kat spital and all.  ingat masa adik aku yg paling last meninggal masa 2 hari lepas mak bersalinkan dia. mak mmg sakit teruk time tu, time pregnant.. so, adik tak survived.  alhamdulillah mak survived.




  aku bersyukur sgt mak and abah selalu ada bagi nasihat and tunjuk ajar kat aku dari aku lahir sampai aku dah tua kertu nih.. eh, silap, dah 4 series ni.

abah, recently masa checkup kat HS

huhu.. sedey tau bila ngingatkan time aku kecik2 dulu susah.  tapi kami bertahan, berjimat cermat dan berbagai2 lagi.  kumpul duit sikit2 mak and abah, lama2 dapat buat rumah sendiri dan buat jugak rumah2 sewa kat tanah kami yg sekangkang kera tu. 


 kalu ingat time kami kecik2 dulu, abah buat rumah kami sendiri tau.. kamilah yg tolong abah ikat batu and plaster.  bukan nak ungkit, but itulah pengorbanan dari pihak abah pulak.  mak kumpul duit, abah pulak merealisasikan melalui tenaga dia.  wahhhh... best tauu.. kenang2 kisah kecik2 dulu aku lah yg paling nakal.. maklumlah anak kedua dari 3 org.. rebellious. eh yeke.. tak lah.. aku cuma rajin mencuba mende2 baru.. yg kemudiannya akan dipulas tinga oleh mak yg sgt menyayangi aku..

ni raya taun 2008 kot.. huiyo.. kenangan itu!!

 hahaha.. aku rasa akulah yg paling selalu kena sebab aku paling suka mencuba.. ehhehe.. kalu lepas ujan aku takde tu, aku pi mandi sungailaa.. besttt.. giler kau.. kalu dihanyutkan dek air sungai yg deras how.. haaa... mak aku mmg sayangkan akuu.. stiap kali balik, tentu aku kena... tu sebahagian dari cara didikan mak aku tauu... aku tabik mak sebab mak telah buat aku jadi berhati2 dalam hidup.  walaupun aku selalu dikenakan org, bila aku kaji balik, semua tu ada hikmahnya.. and maklah org yg aku rujuk utk dapatkan pandangan!!

eh, melalut la pulakkkk.. nak citer kisah mak abah.. terciter kenakalan aku plak. adoiiii.. kalu dah  mula menulis, gitulah jadinya.  hampehhh.. but itulah aku.  kakak aku takde can sebab dia kena jaga adik aku kot.. hahaha.. mmg aku beruntung.. terlepas main, pastu terkena pial dgn mak.. hehehe.. 


skrg aku rasa giliran kami menjaga dan membela mak & abah sementara dorang ada ni.  aku dan makyang (akak aku) and acu (adik lelaki aku) sentiasa berusaha membahagiakan mak abah.  apalah lagi time dorang sakit2 nih.  mak dgn monthly check ups nya, abahpun dah sama, dah ada routine utk ke spital jugak sekarang.. since dah tua2 ni, kan.. aku redha.  aku usaha utk menyenangkan mereka dgn cara apapun yg aku dapat.  itupun tetap kurang sgt yg aku buleh buat since aku bekerja dan bisnes ni, kan?  kejar jugaklah pi meluangkan masa dgn mereka sesekali tu utk jangan biar mereka rasa terpinggir.  huhu.. sedey!!


abah ni, esok rabu, nak kena masuk ward again, and khamis tu pulak, nak kena tebuk and buang air dari paru2nya.. ya allahhh.. kau kasihanilah kedua org tuaku, dan kau permudahkanlah urusan mereka.. merekalah yg telah mengasihani aku dulu ya allahhh..  sekarang giliran mereka utk kau kasihani ya allahhhh.. 

buat baiklah dgn ibu bapa kita semua.. nescaya dipermudahkan allah urusan kita!!




No comments:

Post a Comment