Thursday, March 15, 2012

abahku sayang

lama tak citer pasal abah. kalu korang dah baca dari dulu.. korang tentu tau yg abah aku sakit kanser paru2.  yg dah tau tentu nak tau perkembangan abah selepas kuar spital haritu.  mmg abah serik giler takmo dah pi spital lagi.  macam tikus makmal abah dibuatnya dia bercerita lepas doktor call checking on him.  biarlah abah mati kat umah.. kata abah.. well.. aku kesian abah aku.  aku rasa aku paham sgt perasaan kalu dah sakit dan perlukan bantuan org utk menjalani hari2 tapi bila abah kata takmo jejak lagi kat spital tu.. aku rasa aku kena hormat keputusan dia tu.  lagipun aku takmo bertekak dgn abah.. kesian je lebih sekarang ni dgn harapan nak buat abah bahagia saja.. nak turuti saja kemahuan dia.



kami pakatlah adik beradik dgn mak semua bawak abah berubat cara perubatan islam.  kami pilih pusat perubatan al-hidayah yg kat setiawangsa tu..  ustaz ashraf muslim sgt hensem.. bersih suciii jer muka dia tau.. bahasapun lemah  lembut je layan abah masa rawatan tu.  eh.. termelalut citer pasal artis plak.  hik.  inipun kawan aku nurul yg suggest once i told her about abah having cancer stage 4. her fatherpun ke situ jugak berubat and kesannya sgt memberansangkan.  mmglah kita ni selalu lupa kuasa ayat2 suci al-quran sebagai pengubat penyakit, kan?  aku pun fikir yeah.. why not.. patutnya kita mmg kena berusaha dan berikhtiar serta tawakkal.  abah bila kami explain kat dia, dia terima je.  dia bersedia utk buat apa saja as long as takyah spital.. dia ikut je cadangan kami ke situ.. he's sooo open like me.. heheh.. 

lepas like 2 weeks ni.. aku nampak perubahan dari segi selera abah yg sudah ada nak makan.  ye lah, bila mau makan, takdelah badan tu lemah sgt, ye tak?  ashraf muslim kata.."pakcik kena makan, kalu pakcik tak makan, badan pakcik lemah, sel kanser tu akan makan seluruh badan pakcik.." gitulah lebih kurang kata2 mamat hensem ituu.. abah ikut.. yess.. aku suka sgt.  ayat2 dari surah2 terpilih yg dibekalkan soh abah dibacakan padanya (since abah tak cukup napas nak baca sendiri) sudah mula menampakkan hasil.. allahuakbar.. benarlah ayat2 mu itu ya allahhh..  hanya ayat quran saja dapat melawan sel kanser itu.. insyaallah!  


ini abah gambar lama, june taun lepas. 

3hb april nanti aku akan bawa abah sekali lagi ke sana.. hopefully abah tak perlu berasa sakit dan sentiasa tenang dgn ayat2 yg dibacakan padanya setiap pagi dan juga malam itu.

akhirkata.. sayangilah keluarga anda!!


   

No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...