Tuesday, December 18, 2012

mak oh makku sayang

mak skrg tak berapa sihat.. dah masuk 3 minggu tau dia gitu.  susah ati setiap kali nak keje.. aku kuatkan iman je tinggalkan dia pi keje, tawakkaltu alallah... pada Dia aku mintak tolong selain anak2 bujangku yg berdua itu.  

mak sebelum tu pi bercuti 2 minggu kat umah akak2 ku, along and angah kat klang, sorang seminggu dia lepak2 di rumah anak2 dia sana.. 2 minggu cuti tau.. ko mampu.. tentu tak mampu kalo ko keje, kannn.  balik tu, makyang (akak no. 3) amik tido semalam pulak umah dia sbb masa tu akak pi cuti genting, kan.. takkan dia nak dok sensorang plak.  selepas akak balik dr genting tulah mak mula sakit2, demam, tak larat, lembik, muntah2 pastu takde selera nak makan, cirit birit, semua masuk sekali.  sedih menengokkan sebab mak tu kalu tak sakit, walaupun slow, semua dia boleh buat, even mengemas laman rumahpun dia lalu tau.. ini bila sakit, abis down system dia.. sooo the very akak kesian. mak siap nangis bila akak picit2kan badan dia katanya dia demam bersebab.  apakah lagi sebab selain sebab demam rindu yg paling utama ye tak?  demam emosi yg sgt dalam.. aduhaiii..


akakpun berapa punya sedey bila dia kata begitu.. huhuhuhuahhhh.. bygkan berapa lama dah abah pegi, almost 7months now.  sapa yg tak rindu, ye tak.. lebih2 lagi dia yg dah berpasangan dgn abah dekat patpuluh taun lebih... haruslah tangkap sedih ya amat bila sesekali datang memori ituuu.. akak selalu gak mimpikan abah.. tapi mak kata dia tak pernahpun dapat mimpikan abah.. lagiii lah tangkap rindu, ye tak? 



sejak 2 tiga harini akak tengok dah ok sikit.. ada hari dia mintak nak makan itu ini, cecepat akak belikan or masakkan. well, mak nak apa saja, akak akan usahakan.. sapa lagi kalu bukan anak2 yg patut menceriakan makpak dia, ye tak.  anak2 yg lain benda lain dorang buatkan utk mak, yg akak ni, apa2 termampu, akak cuba lah buatkan time akak ada masa or tak keje.. akak nak mak akak tau akak sedia je buat apa.. anything any time for her.. huhu.. sedey la pulak time ni..huaaaa. tadi dia makan satay and char kuey tiaw dgn akak sambil gelak2 and gegurau.. akak suka sgt.. shows that dia lalu makan and adalah tenaga.  risau tuu.. sbb baru tengahari tadi dia kata dia takde selera langsung.


No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...