Sunday, July 05, 2015

Ladies saturday nite out

Harini tadi sabtu.  Ehh.. dah kira semalamlaa.. sbb dah 1.58pagi time skrg  ni.  Aku x tido agi.  Saja nak hapdet blog.  Padahal mata dah ngantuk ya amat tu.  Kanda udah lena.  Puas makan laksa and pulut dgn durian dia harini masa buka dan lepas taraweh agaknya.  Harini dia request laksa utara.  So, 2 weeks in a row dia makan laksa.. ehee.  Cadang nak buat sikit jer.. tapi sebb dia beli ikanpun byk.. tu pun aku buat separuh je ikan2 slyg tuh.. jadi muai gak.  Dpt 1/2 piuk besau la jugak.  Aku suka piuk besau sebb x takut melimpah.. ehee.. tetiba tengah2 masak laksa dia bitau nak makan duyan yg dia beli kat pasar td dgn ikan and brg2 lain tu.. dia nak makan dgn pulut.  Hmm.. mcm tulah selera org puasa kann.. ku layankan saja.  Rendam pulut sambil siapkan kuah laksa dan rebus siap2 laksanya.  Done!

Malam ni nak buka puasa ramai2 kat umah mak.  Rindu suasana adik badik kumpul.  Riuh gak tadi.  Am 3 beranak.. aku pun 3 beranak.. mak along and siti.  Angah call sedih je x dpat blik sebab abng ngah x free.  Dia tanya along masa col tu.. ingat x kat dia masa ramai2 tu.. ehee.. takkan la x ingat kann.. yg takde tentu diingati.. acupun di sebut2 jugak tadi.  Takde lak dia tipun.. ekekke.  Dia smlm dah mai kejap melawat mak.. legalah ati org tua tu jumpa anak kesayangan dia tu.

Lauk pauk macam2 terhidang.  Siap buka aku and siti mmg cadang nak kuar cari langsir kat nagoya rawang.  So tanya kanda buleh ker?  Kanda ok sokmo.. asalkan x mintak duit and tau balik.. ekekke.. so.. while all the guys go taraweh.. we ladiez.. am, atul, along, siti and me.. went out to rawang.  Mmg nak gi KL tu tak laa.. like we know tentu sosak dgn org kan?  Tetiba nagoya rawang dah tutup by 9?  Aik.. bankrap ke dah pindah tataulah.  So we switched to tesco jer.. sakan jugak barang2 situ.. i loike u.. macam haven rasa dapat keluar shoppin dgn akak2 den and anak2 sedara.  Susah dpt peluang cam ni.  Macam2 gak terbeli.  Selalu nak beli asik xde size laa.. takde sale la brg tu mahai.. kali ni layan beli jugak sbb dah lama nak nak beli.  Ehee.. kira pasni lama lagi la membelinyaa.. aku ni bukan senang nak beli if nmpak harga mahai sgt.  Duit udahlah x byk.. kenalah tahan2 diri kann?  Jimat cermat.  Beli sekadar yg perlu.  Siti selalu bising kenapa ateh x tukar kenapa ateh x beli.. heeeyyy.. macam dia tatau aku ni beli kalu dah kena beli jer.  Selagi bleh pakai idaknya aku beli wehh..

Pas abis shoppin memasing haus.  Ntah mana tak haus.. sambil memilih barang smbil bergurau.. hai tak kering gusi la kalu dgn adik badik aku ni kan.  Syg dorang semua ketat2.  Kami singgah kedai kat tangki air sbb nasi lemak 45 tak bukak lak mlm minggu.  Dah pekena teh ais baru balik.  Sonok i dapat belikan kanda karpet and sejadah tebal utk tak rasa sakit bila solat.. ehee.. lama x belikan dia hadiah.  Tapi dia relax jer.. hmm.. kata tengkiu pun berat nak sobut.. ehh.. takpe.. aku bukan nak balasan or terima kasih.. sbb aku yg nak bg kan.. belajar lah jgn harap balasan ye su?

oklah... titun arr dulu.. nantukkkk..



 

No comments:

Post a Comment