Kami lunch bertiga tadi, kak ita rita norita, ira shahira and me. Apa ke dibincang? Apa lagi.. kami kan nak terbang ke korea tak lama lagi. Tu la kami bercerita dah byk mana duit won dah tukar utk belanja kat sana.
Seems like korean won dah turun sikit2. Alhamdulillahh.. walaupun aku dah ada sikit tuko.. rasa macam takut x ckup sebab ye lah.. pegi bukan sehari dua.. malah selimahari enam tuu. Hehee. Tu la pasai aku rasa sengkek ngat bulan ni. Tukar bukan sikit2 tu.. ratus ribuuu. Ekekke.. bayangkan den duit ado 975,000 dlm akaun bank islam, peh tu kat mebenk lak ada 876,000 lagi.. ringgit mesia you. Walaupun duit kita turun nilai.. kalu kita ada byk duit.. kita takkan rasa kesempitan ye tak? Cer bygkan. Kalu duit den bnyk tu lam bank, tentu cash pun den ado siap2 banyak.. humangaii.. syok larr. I dah tau sapa yg susah kat opis tu, so tiap2 hari i gi ajak dorang gi lunch sesama. Tanya dorang if dorang perlu apa2 bantuan yg i bleh tolong kannn? Oh bestnya. Bila kita memberi pd yg memerlukan, duit kita nilainya tak berkurang kan? Allah akan balas dengan berkali2 ganda dlm bentuk nikmat2 lain lagi... or maybe jugak dlm bentuk duit jugak.. haa kan?
Teringat lak tgk insta johan dgn bini dia. Dorang ni pun sgt rajin dan selaluuu bersedekah. Masya Allah.. subhanallhh.. Allah tentu suka hamba2nya yg memberi makan kepada org2 yg lapar atau kesusahan. Dia lak suka berbagi makanan kat org2 lepas solat jumaat. Allah je la balas kebaikan dorang tu. Tp kalu kita x berduitpun, byk jer cara nak bersedekah. Takyah tunggu byk baru bagi. Dua hinggit hari2 setiap hari tentu lebih bermakna dr tunggu gaji bg rm10 kat masjid. Boleh je bg kat sapa2 kau terdetik nak tolong. Ye tak? Kdg2 org lebih hargai duit dr kuih muih. Ada org yg sgt berterima kasih kau belikan beras and minyak masak or 3 papan telor. Ada org kau sedekah kepala ikan bilis pun dia peluk kau erat2 sebab dia nak bg kucing2 dia makan lepas goreng kpala2 ikan bilis tu. Macam2 cara kita bleh buat utk berbagi kat org.
Uih panjang sudah i tulis u. Tadi ingat nak citer pasal makan dgn kak ita and shira and jumpa betty banafe and husband omputeh dia. Peh tu kak ita citer dia dah baca blog ira and oso blog aku ni. Eheee.. malu lak i ni. Tak sangko! Dia kata suka kawan dgn i.. ehhh.. macan muji diri lak.. takk.. tapi i ni jenis kuat bergurau. I can joke about anything and if u dont laugh once u know me, maknanya i m not comfortable enuf with u. Mmg tak aarr.. i ni jenis cepat mesra kann? Kak ita kata dia suka i sebab i buat dia hepi.. ekekekke.. i pandai cover if i ada masalah pun people wont know. Huhuu.. Allah je la pelihara kita semua kak ita! And thanks to your advises all the while. Mmg benarlah kata2 akak tu.. ujian manusia ni tak sama. Jeki setiap org pun tak sama. Huhuu. I ni jenis mudah gelak mudah lak nangih.. mudah ngat. If you know me by now.. i will try my best to cheer the day up..
Tadi kak ita sebut gak arwah mak dia ada pesan.. kalu ada pobelem masalah yg rasa agak berat tu.. luahkanlah. Cari sapa2 yg buleh betul2 dipercaya. Jangan simpan. Takut simpan2 lama kecik2 jadi luka, lama2 jadi ulser.. takut akhirnya jadi cancer.. masya Allahh.. terkesan di hati i ni. Luah betui2 kat Dia.. masa bila2 pun mintak Dia jadikan kita cekal kuat ye tak?
Nak luah pun kono hati2 milih lak... kdg golak2 and bilo citor bab sedih ado yo kawan yg mmg nak tunggu kito susah. Nak "padankan muko" kito mmg ramai. Huhuuu.. tapi cemano pun, baik2 lah meluahkann..
Panjang tak? Eheeee.. udah kot!
No comments:
Post a Comment