Tuesday, February 23, 2016

boksit kepala hotak kauuuu..

aku baru masuk opis harini lepas cuti dari jumaat sabtu ahad and senin.  cewah... cam lama ngat.  well.. mmg lama rasanya.. lantaklah ko nak kata tak pasan aku cuti ke apa.. ekekek.. sonok rasanya dapat pi bercuti walaupun hanya dalam mesia saja tu..

nahhh.. dah masuk opis, tiba2 baca email kata.. away day yg lebih kurang cam opis trip tu yg nak pi cherating tu, dah dikenselkan.  dan akan diberitau tempatnya yg digantikan itu.  alasan.. keselamatan katanya.  aik, jalan mesia udah tak selamat lagi waimaa nak ke pahang, lalu karak highway??  aduhaiii.. bukannya drebar bas tu tak penah kot bawak bas lalu karak highway sayang2 oiiii.. aku bengang ni tau.  baru je berangan nak lepak2 tepi pantai sambil2 lari bogel mandi laut.  haaa.. geram tak bila tiba2 tak jadi?  ntah sapalah yg timbulkan isu keselamatan ni?  ko kalu taknak risiko keselamatan, dok umah je la.  jangan keluar rumah pi keje pun, sebab jalan2 di key el ni mmg tak pernah selamat.. haaaaa.. mencik.

aku rasa last2 kita pi janda baik la jugak
eh, tak selamat la.. mana yek yg selamat?
blakang umah dia je la kot.. kita pakat reramai pi berkemah blakang umah dia.. selamat la tuuu..

aduhai.. hidup takde challenge serupa mati sudah beb!!









No comments:

Post a Comment