Thursday, February 25, 2016

cuti2 cameron

last week aku pi cuti ke cameron highland.. ehhhh.. ramai lagi rupanya tak penah pegi cameron. well, pegilah.. walaupun cuti dalam mesia je, tapi best gak tau cameron.  bagi yg kuruih, mmg terasa kesejukannya cameron  highlands nih.  bagi den yg chubby lagi berisi montok ala2 tebai lemak ni, takde la terasa sejuk ngat, waimma ujan malam haritu la baru sejuk sikit.  ehhh, tapi kat bilik kami tu.. kami nyewa crown imperial resort ke haper ntah nama tu, sejuk amatttt.. jgn kata ekon lak, sebab bilik tu sebelah je dgn kebun2, masya Allahhhh.. nyamannn.. sejuk segarrrr sarsi.. kauu.. mmg sejuk la if kat bilik and pintu balcony terbukak.. menyentap dalam tulang kauu.. sebab dah tinggi and sebelah kebun2 sayur.

kali ni kami ni trip family la kot.  aku and azmeer, anak kecik aku.  ety dgn along berdua beranak dengan nazli sekali, lupo lak, dia lah yg drive kami ke sana.  kaklong maza, my cousin tu dgn adol laki dia and izat anak dia, deme lak satu keta lagi.. total 8 org jer.  umah lak cam bosa.. best, lapang.  buleh masuk 20 org ikut kannya.. laki den tak ikut, biasalah, dia kata byk keje.. hmm, org tu mmg suka keje, so, dia takdelah amik cuti macam disuruh.  bila tak amik cuti, mula lah dapat keje ye tak?  nak kata kecik ati, mmg lah sgt kecik ati.. tapi apa buleh buat. your husband is the king, and we must respect him, lagi2 bab keje katanya kannnn?

eh,  kalu dah cuti, mmg sonok laa.. amik gambar beratus2 keping ngko.  sementelah aku tau ety punya lenovo picture jadi cantik2, maka aku mintak tolong dia je la amik pictures percutian kali nih.  balik dari cameron kami singgah kellie's castle kat batu gajah tu.  best gak..banyak pic nanti tengok ye?

tempat2 sejuk cam cameron  ni, pikir2 hanimun memang besh.. berkepitttt jer sepanjang hari, ngekkkk.. lagipun aku bukan nya tak penah pi cameron highland nak tengok mende2 kat atas tu.  so,  kalu hanimun.. bila lapau je baru keluar, if not, mmg berkepit sepanjang hari la dalam bilik kottt.. nampak tak keperluan utk berdua2an tu sangat penting?  sebenarnya mmg dah meningkat umur, aka dah tua2 ni.. kena banyak2 merehatkan diri fizikal and minda.  mengeratkan jalinan asmara sesekali tu kann.. ntah bila la dapat berhanimunnn.. semanjang kono tinggal ada la... sesekali aku tinggalkan dia pulak bagus kannn?



No comments:

Post a Comment