Tuesday, April 12, 2016

ahli sihir

assalamualaikum wbt..

korang penah kena sihir?
org melayu suka sebut kena buatan org, or kena bomoh.
maksudnya samalah tu.
ada yg kena sihir dalam makanan, sampai tua ada benda yg dia takkan buleh makan.  arwah abah aku dulu kena santau.  aku taktau dia kena taun bila.  abah most of the time kuruih kering.  mmg tak mau naik badan sebab dalam badan dah terkena macam2 racun.  kesian abah aku dulu menanggung.  tapi abah relax je.  badan kuat sebab abah kayuh basikal dari muda pi keje balik kje and Allah jaga dia.. tu jer la aku pikir..  korang mampu ke buat gitu?  aku sendiri tak mampu nak kayuh beskal dari selayang smpai batu 5 nun.  mmg abah berpantang tak buleh makan cendawan.  ada org tak buleh makan terung, and ada yg tak buleh makan nenas and macam2 lagilah. syukur la kita ni masih buleh telan segala.. alhamdulillah kannn?  huhuuu.. dahsyat..

tu sihir kat makanan. ada org pulak kedai dia kena buat dek org yg dengki.  tak sanggup bersaing namanya macam tu.  org gini sebenarnya takyah meniaga lah..  org bukak kedai sebelah dia, dia takut tak laku dia buat supaya org takkan nampak kedai sebelah tu bukak.  semedang tutup, cemana org nak pegi? tu lah antara pengalaman2 org meniaga.  termasuklah kawan baik den punyo akak ipar.  kedai melayu je selalu kena sihir cam ni.  ehhh, tataulah.. sebab aku takde kawan cina or india yg meniaga makan.  kadang2 kedai tu jual makanan takdelah berapa sedap ngat.  ntah apa2.. tapi jualan laku jer.  ko letak kerepek lemau pun abih.  tu nak kata dia memakai sihir ke?  ontahlah, jawablah sendiri.. mintak Allah je la piara kita semua dari mende2 syirik ni semua yek?

ada jugak org menyihir sebab nak kawen.  kadang2 ko tengok pasangan tu macam tak kena je.  bini kemain cun or laki kemain hensem, pasangan tak kena langsung.  eh.. itu jodohhh.. ye kan?  tapi ye lah.. jodoh memang akan kena bila sampai masanya.  tapi jodoh yg bermula dengan sihir selalunya akan berantakan.  org lain tengok laki dia macam raja kat umah.  makan nak berhidang cam raja.  kita tengok kita tau ni bukan macam biasa sebab bini dia macam tak buleh nak kata no or nak kata apa.. nurut jer.  anak2 tak berkenan kat lelaki tu pun anak2 tak buleh kata apa.  maybe mak dah kena colek kat tangan ke kat punggong ke.. sampai terpikat kat lelaki yg ntah mana asal tak ketahuan.  lagi2 pulak laki2 tu dah mmg ada bini kat kelantan nuu.. bila dah terpikat, rasa macam ko nak kata apa pun tak kan dia heran kat ko.. unless org bawak pi berubat, or unless Allah tak benarkan sihir cinta tu menjadi dan tak jadi kawen.  yg tu mmg selalunya dah kawen je dgn lelaki yg menyihirnya tu.  aku dah jumpa 2 org yg mmg mengaku dia tak ingat apa2 bila tau2 dah kawen.  seorang tu akak aku sendiri, iaitu along. and sorang lagi, kawan laki aku punya bini.  dia bercerita pengalaman kawen pertama dia sebelom kenal kawan laki aku tu.  dahsyat.  tapi itulah.  sampai satu saat bila sihir tu luntur.. baru dia sedar dia tak pernah berkenan nak menikah dgn lelaki tu.  rupa2nya mmg dia di sihir.  dia kena buat dgn bomoh supaya suka.

ada jugak org pakai bomoh utk nampak cantik, gebus gebas.. menarik sokmo.  adaaa... tentu ada yg dia nak goda tu kannn?  Allahurobbi.. takutlah kat Allah k?


ini just sebahagian kecik je yg aku dapat tuliskan.  sebenarnya masih banyak lagi yg berlaku di luar sana.  mmg kita pikir dunia teknologi kita dah sangat maju.. tapi tekejut bila masih ada lagi yg menggunakan sihir utk mendapatkan sesuatu.  cara laknat and terkutuk ni hanya Allah je la yg balas.  janganlah kita balas.. org kalu dah dendam kesumat, hatinya dah mmg busuk, apa pun tak guna selagi dia pikir dia puas ati agaknya.  biar Allah je tunjukkan kuasa Dia kat org2 begitu.  harap2 masa terkena tu Allah bagi peluang pd org yg dikenakannya itu utk sama2 menyaksikannya.  Allahuakbar.  buat baik di balas pahala kerana kita muslim, buat jahat jangan sekali ok?

astaghfirullahal adzim.. istighfar lah banyak2..bertaubatlah kita banyak2 kalu kita dah termasuk dalam golongan mempercayai selain Allah ni.  cepat2 balik ke pangkal jalan.  takut kita terus dalam dosa besar yg tak diterima Allah nanti.  





No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...