Monday, April 11, 2016

pinggangku

pinggangku yg ramping ini buat hal pulak.. huhuu.. ramping la sangat haa..  pinggangku yg ku sayang ini dah sakit sejak kat parking tunggu along and mak semalam
keluar je dari kereta, mak ai sakit amat... rasa cam nak patah.. ye la period, tapi inilah pengalaman sakit pinggang yg paling mencabar sekali.  rasa cam kena bongkok berjalan macam opah (mak aku) semalam.  sakitnyaaaa.. sibbaik bila duduk tadi tak rasa.  bila bangun and nak berjalan tu yg tak ingat  teramat sakit rasanya ya Allahhhh.. tak pernah pulak aku experience begini.  dah tua2 ni, macam2 yg akan aku rasa  probably.  aku sayang badan aku ni.  aku akan jaga selagi buleh, tapi bila dah sakit cam ni.. memang terasa ya Allahhhh.. cemanalah org yg mengalami sakit2 berkaitan tulang belakang or pinggang yek.. shakit..  sekali lagi Allah uji pulak dengan sakit pinggang.  pegi jugaklah ke pasar.  jalan bongkok2 aku cover je baik2.  pesan kat laki.. apa yg ada kat peti ais tu keluarkanlah yg mana dia nak aku masak nanti.  bitau nak makan apa, takdelah aku ikut selera aku je nanti.  dia kabo nak masak asam pedaih ikan.. ayam goreng and sayur apa2.  okeh, got it.  aku pun pi teman along pulok beli barang2 dia.. along kan niaga tolong kak bedah sekarang.  dia juai nasi goreng, mi goreng or kuey tiaw goreng and few kuehs.  aku ni bila2 terluang especially weekend ni, memang menolong mendrive along ke mana dia nak pegi or cari barang2.   tu jelah bantuan aku buleh bagi ke dia.  mak pun sama.  dia dah tak berapa larat sekarang. taknak dah pi cek up klinik sebab dia kata taknak nyusahkan anak2.  aduyaiii.. aku tak pernah kata aku tak mau bawak.  tapi dia sekarang dah makan ubat macik urut tu, ubat nya, air lemuju.  macam sesuai plak dengan mak.  nampak sihat jer.. alhamdulillah.  cuma selalu tak larat nak jalan cam dulu.  almost 75 dah umur mak.  takkan sama.  aku paham.  aku sendiripun Allah dah tarik banyak nikmat dari badan ni.  so, bersyukurlah aku masih boleh jalan.. huhuuu..

balik pasar smpai umah terus tampal koyok kat pinggang ni.. 4 koyok sekali..  dok sekejap.  mikir buleh ke aku tahan nak masak ni.  laki dah kata nak makan tu ini tadi.  kuatkan hati lah.  makan ubat tahan sakit.   semoga pinggang ni dapat ditutup sakitnya dgn ubat sekejap.  rasa cam nak baring je.. tapi baring pun sakit.. baik aku layankan je sakit ni, tahan dan terus je masak.  bukan susah ngat masak kalau barang2 semua dah ada. aku pun masaklerr.. siap masak nak tido cadangnya.  yess.. rasa nak tercabut pinggang masa baring lepas masak.  soh laki makan sendiri.. tak larat dah. ameer lak dari pagi dah ke cc, sampai ke petang baru balik tu nanti.  so tak kisahlah dia.  laki makanlah sensorang.. aku tak lalu makan nahan sakit  haa.. bukan buleh tido, just baring berehatlahh.. wahai laki, pahamlah yg bini awak ni sakit.  takde la aku harapkan dia nak mengurutpun.  just paham sudah.  baguih gak dia paham.  ajak aku makan pastu aku dah masuk bilik pejam mata nahan sakit.  huhuuu..

tetiba tingat abah.. ya Allah.. dah lama pulak rasanya abah takde... rindu ya amat.  last week, aku dapat mimpikan abah.. alhamdulillah syukurrrrr.. rindu terubat bila dapat jumpa walau hanya dalam mimpi.  maybe abah rindukan doa dari aku.  maybe abah mau aku lebih banyak buat ibadah.  maybe abah tu tanda yg Allah nak aku lebih tumpukan pada akhirat dan tak payahlah beria sgt ingat  ke dunia.  maybe maybe and maybe itu lah dia.  jadi aku perlu perbanyakkan amalan. huhuu.. sedih mikirkan aku sebagai anak tak amik peluang mendoakan kedua mak abah aku.  sedangkan doa dari anak2 adalah yg paling di tunggu oleh org yg dah pergi ke alam sana.  huaarghhhh.. meh la kita sama2 ingat yg kita juga akan ke sana.  tarikhnya taktau tapi mmg pasti.  harap semua dapat sama2 berjumpa di syurga nanti.  amal sikit sangat tapi nak ke syurga.. semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi perjalanan kita semua sampai ke syurga. huhuhuu





No comments:

Post a Comment