Monday, May 23, 2016

Lexis, PD punya kisah..

Hi korang.  assalamualaikum.  pekabau?  didoakan korang semua sihat2 belaka.   senang bergerak, senang beribadat.  senang makan jugak.. hehehe.. camtulah kalu mmg kaki makan cam aku.

eh, lari tajuk lak, meh kita review haritu kat Lexis, PD.  Office Away Day with my PM department.  PM tu bukan Prime Minister k, it is practice management office.  ekekekek.. jadilah.  makin lama trip tu makin dekat.  tulah dia.  mula2 nak pi pahang, kat cherating, pahtu ada la satu dua makhluk tu buleh pulak kata agak bahaya menyelusuri highway karak dgn bas.. adoiii.. and oleh sebab keceluparan mulut mereka 2 ketui tu, kami semua tak jadi ke cherating.. ada ke patut..  nasib koranglah aku akan ingat pistiwa ni sampai bila2.  komiti pun sangat bertanggungjawab, kan?  hehehe.. aku tabik.

Okeh, kami pi hari jumaat.  seingat aku, dulu kalu away day masa sebelom PM, kami dah bleh pi on the friday itself, but since PM ni dept kuat mengampu tak hengat diri, boss nak semua pegi lepas opis, so, macam pegi hari tak keje la kiranyakan.  tapi tulah, sibbaik depa bagi pulak cuti sehari selepas balik dari PD tu.  kenalah bergilir2 pulak pegi cuti, sebab masih dengan konsept mengampu, kenalah kami ganti2 cuti.  konsep dept yg takboleh langsung tutup kedai, kerana sangatlah berusaha membawa keuntungan kepda syarikat.. hamik kau.. semoga terus maju PM, oh yehhh..

malam tu sampai kat PD kol 9 lebih, eh ntahlah, but kita stop kat restoran apa namanya ek.. double que kot.. utk dinner.  makan utk 80 org, kita amik the whole restoran la kan.. tapi tulah.. menggelabah pulak restoran tu nak siapkan.  kadang2 aku wonder, dah buat booking ke tak, sebab kami tak dapat makan on time.  kena tunggu giliran yg ntah kenapa sangat2 lambat.  dish yg akhir tu, kami dah tak larat nak tunggu dah.  kenyang makan apa yg ada sebab deme dah jerit masuk balik bas.  2 bijik bas pegi kalini.  dapat bas yg big boss tak sama2 naik, kami seronok laa.. tapi lagu yg dimainkan dek driver adalah lagu tamil, yg sangat2 best rentaknya, walau aku tak memahami liriknya, aku pasti sebab budak2 india ni, teramatlah gumbiranya.  aku tumpang ajerlah, sementelah kalu jerit mintak lagu lainpun tidaklah akan mereka layan. ekekekek.. redho je lah.  maybe aku tido je la byak.  bas pun lelong2 je.  ntah tayar ke ntah mmg jalan ke PD yg teruk sgt.  hehehe..

sampai PD check in.lewat jugak la malam tu.  aku tak berapa nak tahan mata.  siap2 masuk bilik, biliki no. 098 aku pun mandi, siap2, naik katil, cek hp, caj hp, and tido.  roomates aku yg lain, shira, shila and yati, sambung borak tepi kolam inside the room.. aku tak sempat lah.. letih yg amat.  aku tido dengan lenanya.. terdengar sayup2 deme bergurau senda dgn nama aku sesekali disebut.. ekekekek.. bgitu fofuler aku yek.

esoknya pi sarap and terus ada meeting kau.  sarap pun kurang sedap.  jadilah alas perut katanya, jgn lah banyak ngat merungut, bykkan bersyukur lah su.. ahakksss..
masa meeting tu, boss citer pasal PF.. adoih.  letih.  but grup aku menang jugak kumpulan yg jawab betui so, dapatlah vocer 10,000.. ehhh.. gilo baban la kalu byk tu.. dapat vocer makan kat opis punya cafe tingkat 10 bernilai 10hengget kau.. boleh la 1 meal.  belum pun aku guna lagi haa.. expiry date nya 10hb june nih.  ingatkan ye esok ke lusa aku nak guna lah..

peh tu naik bas reramai pi melaka.  kenapa tak lepak PD jer and sekittar? ontah.. Melaka lagi best kot.  layannnn.. pegilah melaka premium outlet.  aku bukan membeli apa pun.. bergambo je banyak.. peh tu baru pi bandar melaka.  aku adalah dibawak dek kengkawan makan sedap laksa and ntah apa2, boleh lah... sedap gak layan.  yati recommended makan macam sejenis rojak tuu.. kering ngat pulak den raso, but the laksa was nice. mmm.. dap.  peh tu makan cendoi.  peh tu ujan turun. asik2 nak koncing ye den kalu berjalan. mmg dah loose pundi kencing ni.  siap cari toilet,  toilet cam hampeh..  sian shira melayan kerenah kencin aku.. huhuu.. sorry beb! but taman nak ke toilet tu cantik ngat.. ado pokok bonzai bagai.. i loike.  peh tu tunggu bas balik.  insiden menegur sorang kawan yg duduk terkangkang disebabkan perutnya yg memboroi membuatkan aku sangat insaf.  jagalah perut kau su, jgn dibiar memboyak smpai tak boleh duduk dgn sopan sebagai pempuan.. huhuu.. malu and sedih jugak.  malam tu kami makan dinner kat apa ke ntah nama respotran kat melaka gak.  sedap, tak sangka byk betui lauknya.  makan siang tadi kat melaka jonker street tu pun masih kenyang, sebab lewat makan kan.. tapi depa dah jamu makan, layannn.. sibbaik ramai2, makan je sambil bergurau senda.  hehehehe.. kawan2 aku macam2 peel.. golak yo.  den tak monang percutian ke morocco pun masa lucky draw, sapa pun tak menang tu, sebab bukan tu hadiah utamanya melainkan another nite stay at Lexis jer... which dimenangi oleh najwa.  sonoklah kau najwa.  tahniah.

balik bilik, mandi, peh tu.. lepak sat.. pah tu berendam dalam kolam.  si yati laki bagi kek, utk mothers day.  aku takde kek, makanlah kek dia.. ekekekek.. peh tu kak nita mai bilik kita melawat.  ajak dia mandi, dia takmo, dia tunjuk cara bukak suis bilik utk sauna.  menerai la aku dgn shira kat sauna.. beshh.. peh tu terejun balik kolam.  lotih jugak, pastu baru tido, ntah pukul berapa malam tu.  malam2 mandi kolam besh.. sojuk tapi sodap.. suko borondam den ni.  dari dulu lagi. kann

esoknya bangun pagi sapan kat hotel, peh tu amik pic kat tingkat 12, cantik amat pemandangan.  peh tu masuk bilik.. mandi kolam lagi kau.. sonok bona.. till last minit kami berendam dalam kolam tu.  agak ey, org semuo dah cek out, takdo lak yg kami nampak dari bilik kami tu.  kawan2 bilik sbolah ado gak yg datang melawat.  hehehe.. sonok lak cam tu, lawat melawat.  macam2 cerito dongar pasal kengkawan.. ado yg kato budak2 pwc jahat la, ado yg kato itu ini la.. dah tuo2 ni, dengar buek golak yo laa.. sonyum dalam kegelian pun ado.. ekekekek

balik tengahhari tu sampai depan opis 3.30.  laki dah tunggu.  ajak makan sbb dah lapau. tapi warning awal2 den takdo byk duit. takut dio mintak den belanjo lak kang.. tau yo la laki den tu.  baik bitau awal2.. sibbaik dio kato dio ado duit.. ehheheeehe..

tamat..

pas ni baru i letak pictures yek? byk ngat


No comments:

Post a Comment