Wednesday, May 03, 2017

cuti hari pikirja kau buat apa?

ntah kenapa along bleh dgn pantasnya terpikir nak buat kenduri tahlil utk arwah2 and also doa selamat kat umah mak.  aku pun takde terpikir.  byk mende aku tak terpikirpun selama ini kan.  along sebagai akak sulung mmg baguih rasa tanggungjawabnya.  byk mende bab kekeluargaan dia lah yg akan amik tanggungjawb merangkap mak kita.  iyerlah, aku suka je bila ada org begitu.  kita yg adik2 ni follow je lah.  sumbangkan apa2 lain yg kita patut, sementelah kita takde aura kepimpinan nak mengajak and mengatur semua hal kan.  kadang nak folo pun susah gak.  nak bantah je yg ramainya.. aku suka gak bantah.  kalu aku rasa org boleh terima aku bantah je.  selalu nya org2 or adik badik aku akan lawan, if deme buleh tunjukkan deme betui, maka aku terimalah.. aku bukanlah jenis tak buleh mengalah.  aku org yg terbuka minda in sya Allah.  adik badik aku pun tak ramai, 5 ketui tu jelah.  yg selalu nak berkumpui mmg susah, so, masa2 beginilah kita usahakan.  haritu tahlil buat hari ahad malam memandangkan abg ngah emi, abg ipar aku yg dok klang cuma boleh tolong lead majlis tahlil tu lepas isyak, or 9pm lepas dia balik keje petang hari tu.  isninnya cuti lagi, so sedang eloklah buat hari ahad malam.  bukannya ada org2 lain pun, kami adik badik ipar duai je pun dengan mak.  itupun acu sham tak dapat juin, bizi menguber katanya.  biarlah.. mana nak membuatnya masa org bukan kita yg mengawalnya. udah bitau awai2, pepandailah ko ejas, nak and tanak, ye idok?

pagi2 tak pagi jugaklah kami keluar beli barang kat pasar, eh, pi sarap dulu adik badik, i mean aku along angah and am and also laki aku juin masa sapan je lah.  tak lama kaklong maza datang jugak.. oh seronok jugak kumpui makan kat pasar selayang sesekali kannn?  borak2 and makan2 memasing, suka kauuu.  peh tu aku and along angah bergegas beli bebarang.  on the way balik anto lah barang yg kawan den puspa hatiku pesan.  dia tak sihat, so, aku offer diri membelikan barang2 utk dia masak.  sian dia.  baru discaj dr hospital kemarinnya.  semoga kau cepat baik and bertugas macam biasa balik puss.


Masa along angah menambah brg2 kat sri ternak.. kami pakat selfie.. ehee nina pun suka.

dah sampai umah, kami pakat2 relax jap.  kol 12.30 nak pi kenduri kawin mimah sarimah anak cik mokhtar mengawinkan anak sulung dia.  aku pun anak besau2 dah, tapi belom la nak menantu kan.  menanglah mimah bab tu. aku and along and laki aku pilah kenduri tu dulu.  semalamnya sabtu pun pi kami bertiga gak makan kenduri, tapi sabtu tu pi umah sedara laki aku, kak yang.  org ajak, pegilah.  kenduri kawin je lah nak tengok aku berjalan dgn laki aku.  kalu lain2 rasa udah takde can.. udah takmaun.  kawan2 dia mmg beruntunglah dia mau diajak minum teh.  kalu dengan aku, samada makan kedai or pasar or kenduri kawin.  lain2 mmg tak merasalah jalan dgn laki.  udah takmau lah aku jalan sama2 kot.  keseganan barangkali.  bini dah tua and gomok. ekekek.. dia tak mau, aku sendiripun pahamlah.. takmau sudah.. aku pun boleh je pegi sendiri mana2 lain.  bawak diri dah lama.  so, kenapa lak nak terasa pulak dah sekarang ye tak?




petang balik kenduri, pakat rehat dulu.  kol 3.30 kita janji nak mulakan masak.  aku pun balik umah, tido. letih kenapa ntah nya.. ekekek.. mana tak letih malam kemarinnya balik lewat amik siti kami terus berjimba kau.. heheh.. tulah dia.  siti belanja makan.. selalu sgt org belanja aku makan kau.. rezeki aku bab makan ni alhamdulillahhh.. aku suka makan kann.. deme paham.  eh, masak apa utk majlis tahlil nanti?  kami sama2 lah pakat masak.  ayam goreng rempah, ayam masak merah, ikan cencaru bakar, sayur campur tumis dgn fisball and udang, buat cicah asam and also buah tembikai and limau sunkist.  air kopi and teh o jer.  Am sponsor ayam masak lomakcilapi dr dapur dia.





Takdo lak amik pic ayam and ikan and ayam masaklomak cilapi.. huhuu.. xdo.. lupo la tu.

ahad pagi sapan apa yek. oohh.. along and angah pakat buat lempeng taruk kelapa and nasik goreng.  sedap pulak, bangun2 along mesej soh pegi depan umah mak juin sapan.  org ngantuk disorong bantal lakan.. heheh.. pegilah kami ke depan.  petang tu aku pi ajak along pi amik siti balik keje kat starhill bukit bintang tu, and kami trylah jenjalan sementara siti abis keje kol 7pm tu.  seronok gak lama tak jalan2 kat kl kan.  asik2 selayang kl sentral setapak.  tu je lah.  siti abis keje terus bawak pi setapak, ehhh.. setapak lagi kau.  siti pun setuju je aku bawak dgn mama dia (along aku) ke movie.  kami layan citer "guardian of the galaxy 2.  best giler nyah.  citer kelakau fiction.  ko mampu?  gelak banyak la aku.  lepas tu balik kami singgah nice seafood dulu makan sblom balik.







Den makan cam lapau bona lak.. nasi goreng USA.. hehee..



No comments:

Post a Comment