Saturday, October 07, 2017

Ke pantai remis ke kita

Pg td mangun lewat sbb badan sakit2 balik motai malam td.  Pas subuh sambung tido balik sebab mmg rasa tak ckup2 tido.  Bangun pehtu sebab laki aku tanya.. tak mau masak ka?  Dia malam smlm tingin nak aku masak nasik lemak.  Since anak2 dia semua ada berkumpul katanya.  So akupun ok je ler.  Laki nak sgt tu sbb dia sudi nak potongkan cili kering utk aku blendkan.  Buat sambal dgn cili kering blend sendiri mmg beza katanya.  Hmm.. layankan.  Nak buat suami hepi bukan susah sgt kalu kita mahu.  So masaklah nasik lemak.  Masak lebih supaya boleh deme makan smpai malam.

Nak siap masak.. siti anakbuah aku wasap ajak pi pantai remis.  Aku ingat dia coti and dia kata dia dah sengkek.  Siti kabo mak dia, along aku nak sponsor minyak keto.  Kita tukar2 drive lah katanya.. macam jauh beno.  Bawak mak berjalan sesekali apa salahnya.

Waktu zohor kami benti kat kawasan rehat kundang barat sebab x sempat buat zohor tadinya.  Kami lalu lata hi way.  Sampai dlm kol 2.45 gitu kat pantai remis jeram kuala s'gor tu.  Air laut pasang.  Angah dgn abg ngah and nina dah sampai rupanya.  Ntah bila along pakat nak ajak angah tataulah dorang.  Aku tak kesah sgt asalkan jgn kecoh2 ye tak? Park lah sblah keta dorang.   Angin kemain kuatnya.  Pemandangan cantik walau air lautnya keruhh.  Bentang2 tikar terus makan dulu sbb lapau ya amat td masak2 tak sempat nak makan lepas siap2 hidang terus bersiap.  Laki aku tanak ikut katanya x selesa keta naik 5 org.. so tak pegilah dia.  Biasalah dia.. bukan mudah ngat nak jalan2 dgn kami.

Kalau selalu.. along n angah nak mencari kepah or kerang kat pantai ni.. tp sebab air pasang.. takde lah dpt.  Kami duduk2 lepak tgk laut je lah.  Ada gak yg mancing tadi.  Byk gak dorang dpt ikan saat air tengah nak naik pasang tu.  Kami siap alih tempat duduk sebab takut tak sempat tenggelam pulak.. hehee..

Time balik kami singgah kat cendoi duyan sg buluh.. kat luar sikit je dr area pantai tu.  Duyan takde musim tp deme letak pes duyan je.. jadilah.. sedap jugak.  Macam2 kami makan kat situ.  Aku makan soto.. alongpun.. siti makan laksa.. angah makan bakso and abg ngah makan mi kari.  Pastu kami balik and aku drive pulak.

All and all aku  rasa sonok sbb aku suka pantai.

















No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...