Wednesday, May 31, 2006

Kumpul


31 Mei 2006
7.48pagi waktu Malaysia

Hari ni aku bawak roti gandum tigasuku buku, popia 3 ketul, bun manis seketul, nasi lemak (ihsan kanda) 2 bungkus hanya untuk bersarapan beramai-ramai di cafe opisku. Banyak betul benda. Ini semua gara-gara si mira nak bawak breakfast spesel dia... western kot. Ada baked beans la, chicken hot dog laa etc. etc.

Semalam, aku berbelanja kat pasar malam. Beli makanan mostly. Nasi dagang untuk kanda, fish ball untuk bebudak and yong tau foo for myself. Popia tu pun beli semalam tu la jugak. Syoknya kumpul reramai. Aku suka sangat. Minggu lepas kumpul ngan mak kat umah Acu. Sambil makan sate minang (apa motif Acu) sambil tengok my team lawan Malaysia.

Aku memang suka berkumpul adik beradik. In fact, hari rayalah antara hari yang paling aku suka, masa aku kecik dulu laa. Sekarang ni, semua orang ada kena balik kampung. Tinggal mak dan abah di rumah. Nasib baik, adalah along or angah temankan. Kalao tak, tinggallah dua orang tua tu jer kat umah hari raya.. huahhhh. Sedih bila mengingatkan semua tu. But, bak kata ustaz dalam motivasi pagi tadi kat tv, isteri mesti mentaati dan mendulukan suami dari sesiapapun, hatta ibu bapa kita. Waaaaa... aku sayang mak dan abah.

Malam ni, aku kena balik K. Perlis. Dah lama beb, since raya taun lepas. Aku masih teringat kisah kami tiga beradik kumpul nak pi Langkawi from K. Perlis. That was November, hari raya la tu. We enjoyed ourselves, jalan sana sini, shopping sakan Mula-mula shopping kat Pekah Kuah, then pegi Kuala Perlis, last sekali pakat gi Padang Besar. Nasib baik aku tak banyak duit masa tu, kalau tak tentu penuh kereta bawak barang balik.. Heheeehhhh!

Hentah bila lagi dapat konvoi beramai-ramai gitu... aku rindu siti noor suraya. Kenapa siti susah sangat nak balik?

1 comment:

  1. Hai Su..Penatnye baca, byk sungguhg activities..rajin sungguh awak yer. Good2..at least you have bagus punya hobby..keep on writing..who knows you can write a novel soon..so you can quick your job, stay home and be with your children...Jgn lupa bila hang pegi shopping kat seberang tu..beli2 kan I somethin..I cant think of anything wright now...Have a pleasant holiday !

    You know who !

    ReplyDelete