Monday, September 04, 2006

Kerja balik

4 Sept 2006 - 7.55pagi

Hari ni kerja semula selepas 4 hari cuti. Rasa cam lama tu, rindu kat opis... katanya!!
Sampai pepagi 7.33 tadi takut nak bukak emel, takut manyak kerja plak menanti, minum dulu air magic tu, kemudian gegatal bukak blog, eh, bolehla pulak... no more blocked! Apa maknanya tu? Ingat nak baca suratkabar jer, but since dah boleh bukak blog, maka acik pun membloglah (ada perkataan ittiew!?).

Semalam kami sekeluarga sakan berjalan...

Pepagi aku kerah Amal bangun, ajak gi taman. Kanda tentulah liat, sebab hari cuti dia. Kami main badminton sejam sampai 8.30am. Amal dah pandai serve and amik bola. Cuma dia terlupa pakai spek... ada ker, udah lah rabun tatau nak budget bola di mana. Kelakau gak anak aku yang sorang nih!!

Balik, operasi ngejut kanda. By the way, Ameer sudah bangun and sudah tangkap rajuk bila umi dan abang takde bila dia bangun. Ayah, dia tak berani pulak kacau... bantai dia keluar gi umah opah ngadu... ngan bantal peluk lagi tu!! Masa aku balik, dia jerit-jerit kata umi tak sayang Ameer. Aku buat donno, maleh melayan... last-last dia masuk sendiri umah terus tengok tv. Kami sesiap then gi pasar dulu beli barang basah.. aku kena masak beb, bawak bekal aku dan kanda sekali, baru lah boleh jimat. Selama ni pun memang bekal ni dah sebati dalam kamus idup aku semenjak setaun ni. Cuma kena korban tido la, bangun awal, masak, then bekalkan aku dan kanda. Bagus ni, kengkawan, cubalahh! Kita dapat jimat banyak wang untuk disimpan ke benda lain plak, eg. percutian ke Spain!! Hai... bilalah acik bleh gi Spain ni.....hik!

Amal kena taekwando, so, dia tunggu kami balik pasar then dia gi pulak kelas dia tu. Kanda kena pi beli hamster Amal punya pasangan, kena tukar hamster kat pet shop tu sebab dia takde pasangan betina, jadi tukar ngan pasangan hamster baru, kelabu sikit. Sib baik Amal tak kisah.

Tengahari gi kenduri kawin anak sedara kawan kanda... wow! Dah dijemput, pegi je laa.

Then bermulalah jenjalan yang diplanned khas untuk Amal, ke Planetarium Negara. Syok gak, aku dulu tak merasa sesemua nih. Abis tu, kami pi pulak di Muzium Negara, apa daa, still renovate maa, but ada satu section tu sungguh menarik berkenaan "Perak Man". Tulang punya hal jumpa kat Lenggong, Perak. Bestlaa, aku suka sangat bab-bab archeology ni, rasa cam terharu bila orang dapat tau cerita bila buat kajian kat tulang-tulang, tengkorak dan apa-apa disekelilingnya. Best kan??

Balik cam hari nak ujan, so tak bley bawak bebudak main kat taman permainan situ, jadi kami pi Giant Batu Caves... Giant lagi, well, it's my faveret place to enjoy with the kids. Semua benda ada di sana beb!! Bebeli kasut sukan kanda, Amal and Ameer. Kali ni takde alasan takleh jogging or main badminton. Kita sekeluarga mesti jaga kesihatan... at least turunkan berat badan umi jadi 60kg dulu, tak gitu? Amal buat frame baru, since dah teruk ngat spek dia! Kali ni framenya sangat menawan... apa taknya, 80 hinggit terbang lagi!!

Pastu tak balik lagi, terus gi dinner kat Star Seafood, then baru balik. Sampai umah, semua dah lohe.. (tau spelling perkataan ini?). Siap-siap, terus naik katil, tido....

3 comments:

  1. Wah...busy giler..bukan sahaja kat office no...ni ..dah ada new life out there ha...a lot of new activities & alot of new fren I presumme...did not see my name in ur list anymore...jelous jugak ni ..tapi nak wat camna...sape nak ingat kite..takde kreta...tak leh swimmimg....sape le kite yek...sedih juga...its ok...its ok..got 2 find new things 2 do also...cannot count on you...anymore...Good for you..keep up..semoga dapat menurunkan bebrapa kg. InsyaAllah...bye..You know...w

    ReplyDelete
  2. salam..

    mmm bila lagi nak g swimming? best gak kalau ada member ni.. apa kata kita g every friday afternoon subject to weather conditionlah..apa2 hal contact aku..aku selalu standby bayu swim sama baju gym aku dlm keta...

    chiow!

    ReplyDelete
  3. Ti,
    tak baik u kata gitu, u're still my good fren and still in the top list maa.. huaaa!
    Sumer ni ada hikmahnya, amacam kita gi swim sesama every friday ker? Itu pool aa, manyak syok mandi, tau kaa?

    Ton,
    Aku on jer, this time have made a promise to myself that at least once a week i'll go swim swim... hik!

    ReplyDelete