Sunday, September 03, 2006

A hectic week.. merdeka! merdeka! merdeka!




gambar sebelum protein diet..hik, 1 tan ko!

2 Sept 2006 Sabtu

Dah ramai tulih pasal kemerdekaan, so aku takyah la tulih lagi. Aku sendirik yang boring nak membacanya. Cukuplah sekadar aku ingat tanggungjawab aku sebagai rakyat yang merdeka... katanya!

Sehari sebelum merdeka day, belah petang, ari tak ujan, but aku tak bawak swimming suit, kena laa rush home to get it before meeting aton at the pool. My first experience mandi mandi kolam.... hik. Wat cemana dulu aku tak heran bab-bab kolam renang berenang ni, tapi this time aku dah nekad. Wateber hapen, i have to get myself into the pool. Thank to the lovely wheather that evening. Aton tot me how to breath in the water, how to flip and memacam lagik. Thanks ton.. i really appreciate your help. She's going to send the invoice later... tatau la akak dia ni joking kot!! Dia dah ada scuba diving cert, tentu la best yek.... berenang, sambil nyelam dan sedut udara dari tank itu!! Hmm, i can't imagine myself in deep sea water playing with the clown fish.. syokkan? Berbalik kepada tujuan aku ke kolam... kan nak nurunkan berat? Sakit-sakit badan dengan penat semua ada malam tuh..

Aku dah janji nak gi umah angah esoknya... merdeka day, but then pikir-pikir since kanda balik cepat (meaning sebelum 9pm!!) maka diapun stuju nak pegi malam tu jugak, bersama mak dan nenek beserta ngan anak-anak trunaku yang manja itu. Tido semalam umah angah, esoknya angah test drive keta kami, nak rasa bawak jip katanya.. hik... seronok tengok angah cam aku gak memandu, cuma lebih confiden...katanya.

Tengahari tu angah bawak kami gi umah along lak, but becoz we can't contact her tru phone (tah kenapa asik bertukar fon number and pindah umah kakak sulong aku nih), dia pun takde di rumah. Mungkin berjalan la jugak since cuti merdeka, tak gitu? Hangin gak ngan angah, dah kata awal-awal takmo pegi, dia cam tak senang kalo kami mai tak pi umah along! Ha, rasakan... tentu angah frust. Kami trus gi makan nasik ayam kat kedai Acu, jenjalan kat the Store and balik Slayang. Malam gi Giant, makan mi celup kat SG then pi pulak Bintang beli barang dapur. Ameer, raja muntah no satu setakad ini masih juara lepas dia lepaskan satu dua das kat kedai jamu sebelah Bintang! Sian orang tu punya kedai, abis wat camner? Bukan boleh tahan-tahan kalo nak muntah..kan?

Jumaat 1 Sept aku amik cuti, but planned to go out to see zura tu discuss bisnes matters. Aku nak belajar bab-bab kereta, nak jadi part time jual kereta.. boleh ker? Tatau, ni macik nak cuba la ni!! Wow, kalo ikut citer zura, bab komisen dia fullamak... sungguh menggiurkan. Tentulah susah kalo nak senang, betul tak? Lepas nih, kalo kengkawan nak beli kereta, contact me at 017-632-3050, acik boleh bagi good price gitu...
Tiga jenis kereta jer, kelas kelas belaka... Toyota, Perodua and also Proton. Sure puas hati beb! Amacam, amik la telefon tu... bitau acik your requirement.. hik!

Berenang lagi, wah minggu ni minggu berenang ek? Petang balik jumpa zura (dia belanja karaoke kat Bangsar, puaslah melalak release tensen, kuang kuang kuang), dah ada janji ngan maeran gi siantan, berenang lagik. This time maeran ajak aku berenang 2 jam sampai malam, siap solat situ kat tempat pengajar, kelass ko maeran, sentiasa mengutamakan solat!! Gini la kawan yang baik, sentiasa membawa kepada perkara baik ajer!
Aku col kanda soh amik Ameer kat sekolah, sebab aku akan lambat. Kanda dah hangin satu badan ... aku tak settlekan hal bebudak dulu, katanya... layannn. Aku dah siap masak nasik, cuma tak masak lauk, so aku kenala singgah kedai tomyam tepi kubur tu mentapau lauk.. nak beli hati sebenarnya, hik hik.

Pagi tadi, kanda kerja lagi since baru Sabtu, aku dah planned since semalam to bring the kids kat kolam renang pulak. Syok beb, once dah ter"berenang" rasa cam rindu ngan air ituh... ada ker? But the kids and i had a great time. We played and swimmed like nobody's business. Letih giler tu, 2 jam layan dorang berenang! Kalo kanda ada tentu lagi meriah.. well, there's always a next time kan, insya Allah.

3 kali gi swimming dalam seminggu, amacam... boleh turun sikit berat? We'll see next week when i weigh myself and then we can decide whether it's true or not that swimming can expedite the process... till next time, adios amigos!

No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...