Monday, September 25, 2006

Ramadhan datang lagi dengan keberkatannya


Kata ustadz kat tivi tu, samada ia dinanti atau tidak, ia tetap akan hadir membawa keberkatan kepada manusia yang mengambil kesempatan kemuliaannya itu.. Itulah Ramadhan al mubarak.

Hari ni 2 ramadhan. Aku cuba juga untuk mula awal ngaji supaya dapat khatam dalam bulan mulia nih. Ingat nak juga ikut kanda gi terawih. Dulu adik kecik, skang dah besar, akupun kena sesama carik keberkatan tarawih.

Malam tadi semua pegi except me. I tot banyak benda nak buat, nak basuh pinggan, nak gosok baju and some more aku blum makan nasik lepas solat maghrib, maka aku takyah la pi terawih, but, rasa rugi plak. Even adik pun pegi semalam. "Banyak rakaat, umi, ameer semayang!", komen Ameer. Moga setiap hari la dia akan ikut kanda pi masjid jemaah. Biar dia belajar.

Amal plak macam tak biasa jer posa. Lepas sahur, dia nak berak pun takut, takut batal. Ayoyo... ini tambi aaa, like every tawun pun mau kena brief baik-baik, kasi tau apa boleh, apa tarak boleh buat during posa time. Bila dekat-dekat buka posa plak, dia sudah tarak tahan. Merengek-rengek. Heei, menyampah plak aku.. sabar, sabar dan teruskan bersabar wahai hati. Budak tu mahukan lebih perhatian la tu! Pupuk dia, didik dia, berikan input baik pada dia. Tunjukkan contoh baik pada dia, barulah hidup dia berkat... gitu!!

This Ramadhan, aku ada big mission. Disamping mencari keredhaan melakukan ibadah puasa, I also need to loose 30kg or more. Aku nak nampak cantik pakai kebaya disamping bofren aku yang macho dan anak-anak yang already comel-comel belaka. Boleh?

Kalo sudah sampai itu matlamat, aku kena cari itu baju kebaya la. Baju raya sudah siap, but sumer baju kurung jer. This year, aku rasa cam nak try kebaya laa, bukan apa, just to satisfy myself jer, itupun kalo kanda belikan. Takmo sendiri beli, tarak thrill, hik!



No comments:

Post a Comment