Monday, November 20, 2006

Chicken chop

Semalam, Ahad 19 Nov. 2006

Weekend ni sungguh bermakna sekali. On Saturday, kanda and i celebrated our 11th year anniversary... lama beb, but rasa cam baru semalam jer kami buat kenduri kawin tu, hmm. Bulan Nov ni, ramai orang nyambut anniversary. Am on the 30th and Od on the 15th... ye ker? Memang ramai, sebab masa tu cuti sekolah, kan?

Kanda soh aku masak mi kari, sementelah siti zen and family nak mai umah beraya petang Sabtu tu. Puaslah makan mi kari sehari semalam. Malam isham pulak mai sekeluarga, so berbaloi la buat mi kari.. boleh menjamu ramai orang. Ingat hari tu kanda nak bagi hadiah ker apa, tapi bila pikir- pikir dia siap amik cuti just becoz dia tau hari tu anniversary pun aku dah rasa terhibur. Kami spend the whole weekend melepak kat umah jer sambil melayan bebudak and tivi.

Mak sekarang dah tak penat sangat.. sebab nenek ada kat umah cu yan. So, dia rasa cam nak berjalan, dia bitau aku siang-siang, boleh aku buat plan bebaik dengan dia. Semalam, katanya teringin nak makan chicken chop. Aku tanya, nak buat ker? Dia takmo, katanya dia nak beli jer. Dia kata dia ada duit, dia nak makan di kedai dan nak belanja kami sekali.. Rezeki jangan di tolak beb... Hmm, kami petang semalam, takde masakpun sebab memang cadang nak makan belanja mak... dasat tak anak bertuah ni?

Anyway, mak aku memang the greatest in the world. Petang tu, lepas abah dah pi kerja, ujan turun dengan lebat sekali.. tak berenti sampai dekat kol 8.30 gitu. But, kami nekad kuar juga sebab nak makan chicken chop punya pasal.. hik! Entah kenapa rasa chicken chop kat selera impian tu dah tak sedap lagi laa...

Aku ingat lepas ni, aku sendiri nak blajar buat chicken chop and makan pepuas. Hmm... bila dah terror masak (tu mau kena 7, 8 kali try tuh), baru la boleh panggil adik beradik dan kengkawan makan chicken cop aku plak. Cemana, boleh tak agaknya? Hmm...

2 comments:

  1. amboi... bestnya mak engko. dia nak anak angkat tak? eh! 14 tawun lah anniversary tu, bukan 15 tahun.

    ReplyDelete
  2. nanti dah pandai chop chop tu tutor kat aku yek? bolehlah aku plaks buat masak chop apa apa aje

    ReplyDelete