Tuesday, December 19, 2006

Penderaan mental

Taukah anda apa yang dimaksudkan penderaan mental?
Tentulah ia sesuatu yang tidak dapat dilihat dari luaran atau fizikal akibat dari penderaan serupa ini, kan?
Jadi, bila berlaku penderaan mental, seseorang yang menjadi mangsa, akan mengalami tekanan dari segi dalaman. Ada yang berani membuat pengaduan untuk membela diri, tapi, ada juga yang terpaksa menyimpannya sendiri. Tak kurang juga mereka yang berkongsi masalah ini dengan harapan semoga orang lain tidak akan menerima nasib seperti mereka. Hakikatnya, hanya individu yang menanggungnya saja dapat merasa kesakitan didera secara mental ini.

Lib, kawanku, menyarankan aku menulis tentang penderaan mental yang selalu berlaku kepadanya. Dia memang seorang pekerja yang cekap. Serba boleh dan selalu sedia membantu, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan bossnya. Tetapi, setelah mereka ini dibantu, mereka ini nampaknya lebih suka mengambil kesempatan ke atas kesudian Lib membantu. Lepas satu, satu, tugas dipertanggungjawabkan kepadanya, sedangkan mereka itu sendiri ada pembantu masing-masing. Dari sehari ke sehari berbagai tugas diberi. Kadangkalah tugas harian Lib terganggu akibat diganggu oleh mereka yang ingin pastikan Lib membuat tugasan seperti yang sepatutnya. Lib rasa amat tertekan bila mereka tetap menganggapnya sebagai pembantu mereka sedangkan Lib sudah ada tanggungjawab berat untuk dipikul.

Bukan mereka sahaja, malah kawan-kawan juga ada memperlakukan Lib sesuka mereka. Lib tidak suka membuat bising dan sentiasa simpan di hati, membuatkan ada kawan-kawan suka menggunakan dia untuk memudahkan kerja mereka.

Hari ke hari, tiada perubahan berlaku. Yang pastinya, Lib cuba mempertahankan prestasi kerjanya di tahap tertinggi, walaupun deraan mental itu membuatkan dia berasa tidak selesa. Mereka itu masih lagi menganggap diri mereka boss yang harus dipatuhi Lib. Mereka percaya Lib tak akan berkata TIDAK kepada mereka. Kenapa mereka tidak mengerti bahawasanya penderaan mental itu adalah lebih merosakkan dari penderaan fizikal.

Tahaper haper...

1 comment:

  1. first thing first... wahhhh.... ko dah pandai link.
    second - memang novelis terkenal pun kalah dengan gaya penulisan ko.

    ReplyDelete

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...