Tuesday, March 27, 2007

Kahwin jangan tak kawin..

Last Sunday, acik gi Tg. Karang. Nenek sedara ngawinkan anak daranya. Tu pangkat macik la kan? Santeek sangat pengantinnya. Acik pegi berempat, sama makyang, mak and ameer. Si ameer, sepanjang jalan asik bertanya, berapa kilometer lagi nak sampai.. 3, 4 kali la jugak bertanya benda yang sama. Sekurang-kurangnyer takde lah bosan sebab kanda tak hikut, dia kena keje!

Berbalik pada kisah pengantin kat Tg. Karang tadi. Kami tanyalah kat nek wah (tuan rumah) tu, dapat menantu orang mana? Dia kata, bukan tunang dia dulu tu, yang dia pernah bawak gi rumah kami, ini orang lain pulak.
Dapat orang dedekat situ gak. Blok O katanya, engineer la tapi. Hmm, seswai la tu, anak dia tu pegawai bank! Dengarnyer lagi, anterannya (gaya Siti tanjung perak dalam citer bujang lapok!) sebanyak RM12,000. Yelah, barang sumer mahal kan?

Cemanapun, aku suka sangat makan lauk kendurinya. Walaupun diorang buat buffet, which i dont realy like, but the food was good. Ayam goreng tu sedappppp... ada daun kari bebagai! Lepas makan nasik... makan tapai pulut itam you... jangan sentap! Pastu ada kuih baulu bentuk ikan, ada dodol, ada kek coklat, and muahhhh, syiok you!!

Balik singgah kat Kuala Selangor, Parit Mahang. Rumah nenek tiri. Bukan nak lama, just drop by jer kan? Mak dengan selambanyer boleh tertinggal purse kat sana! Ish... mak, mak. Cam tu lah, kalau dah leka berborak, kan? Dah sampai umah baru perasan tu.. Sian dia, takde IC la dia sekarang nih!

Aku janji nak tolong amikkan maybe next week, i mean this weekend, bila balik dari kenduri kat Shah Alam.
Hai, minggu ni gi kenduri sesaja.. boleh gantung periuk la nampaknya!!

4 comments:

  1. naper tak de orang invite aku kenduri ek?.... hmmm, eh! tak leh aku nak angkat barang this weekend.

    ReplyDelete
  2. mek su oi, kalo tak do orang invite, pls make yourself available at my place, i cook spesel for u, once u finished the barang angkut, come to my house... gitu!!

    ReplyDelete
  3. a ah, makasih ler.. masakkan kat aku sphageti malaysian taste ya... errmm, sodap

    ReplyDelete
  4. wallamak...kenduri kat kampung pon dah makan belanja ribu-ribuan?

    ReplyDelete