Monday, March 19, 2007

Mari join aku

Malam tadi aku pi rumah adik aku kat Selayang Indah. Ameer la, bangun pepagi kata Nisha soh pegi rumah dia. Aku kata kat ameer pagi tu, Nisha belum bangun lagi pagi ni. Lagipun kami nak pegi pasar Selayang, sarapan dulu, kemudian nak pi ngantar abang dia pulak gi Taekwondo dan sebagainya. Last-last dapat pujuk adik di rumah acu sebelah malam.

Nenek pulak pesan beli siput sedut. Punyala dia mengidamkan siput sedut. Korang tau tak, kat pasar tu, memang banyak orang juai siput sedut, tapi tak apa ke nasib, takde rezeki nenek aku nak makan siput sedut, sebutir siputpun tak jumpa. Sayur meranti, korang kenal sayur meranti? Itupun nenek soh beli jugak, itupun takde kat pasar tu. Pelik bin ajaib, minggu ni. Ingat kot dah abis, rupa-rupanya memang takde!
Aku belikan nenek sayur pegaga jer, gantikan sayur meranti, tapi tak tau nak beli apa buat ganti siput sedut. Pepandai la dia tahan selera dia sampai jumpa siput sedut di lain kali.

Lepas masak lunch, terus ajak family makan. Then aku bukak pc, tengok sana-sini, lepas tu join kanda... tido.. fulamak syahdunya dapat tido dengan hati yang tenang. Adik ngan amal dedua dok asyik tengok DVD tom & jerry, sampai senyap jer rumah. Bila aku tersedar, tanya kanda, dah pukul berapa, dia kata dah pukul 6. Alamak, lamanya tido... aku kata, sebelum malam, jomlah kita gi jenjalan ke ulu yam macam dulu. Dia kata okay, then aku bangun tengok jam rupanya, baru kol 4.30 gitu.. Ayoyo, kanda punya mata manyak kero! Bangun je la since dah bangun. Sesiap bitau bebudak, nak pi jenjalan. Ameer ajak gi umah acu, then compromise dengan kanda, lepas balik jenjalan, kita pi umah Acu.

Sampai umah Acu, dah dekat maghrib, then makan mi Acu beli. Bebudak kemain sukala, macam tak pernah jumpa jer, padahal semalam baru jer bergumpal kat umah opah.

Then Acu promote dia bunya bisness, pastu bitau pulak benda yang aku buat tak betui. Alamak, dia soh join dia lagi! Aku dah malas ajak orang join bisness lagi. Aku betui-betui dah bosan.

No comments:

Post a Comment