Tuesday, October 09, 2007

Bapak mertuaku

Dia datang KL ikut Linda balik dari Bukit Mendi last week. Last weekend, lepas buka posa kat umah aku sama-sama linda and masrin, dia stay kat umah aku... Maybe sampai raya atau sampai Linda decide nak amik bawak balik Bukit mendi semula.



Aku respect sesangat kat ayah aku ni. Anak2 aku panggel dia Wan a.k.a Tok Wan. Walaupun dah lebih kurang 5 ke 6 taun tinggal sendirian takde pasangan, lepas mak mentua aku meninggal, dia tetap cool jer. Apa2 hal dia steady jer, always calm! Badan dia tak berapa sihat la dah, mana tak nyer, umur pun dah almost 90 gitu. Donno the exact number, but dia rajin makan ubat, rajin jaga makan and that's why dia maintain sihat.

Lauk feveret dia ialah ikan bakar cicah asam/sambal belacan. Semalam, kat pasar ramadhan, tak dapat carik ikan bakar but dapat ikan percik je, but takde cicah. Walaupun lambat sampai umah, almost 6.30pm, aku bantai buat jugak buat sambal belacan amik cili kat umah opah. Along advised soh taruk mangga muda. Ayah kata sedap and kena ngan selera dia. Berbunga hati aku pak mertua aku puji and mau makan sambal belacan aku yang jarang-jarang sekali aku buat!


Aku rasa berbesar hati sangat dia nak lepak kat umah aku tiga pat hari ni. Sebenarnya, aku rasa sedey, semenjak rumah Linda ada, orang2 Pahang tak berapa nak gemar pi umah aku. Almaklumlah rumah aku sekangkang kera, gitukan? Selalu cakap kat kanda, kanda kata bukan dorang takmo datang, dorang kesian kat kita, rumah kita sempit, so dorang lebih rela tido kat rumah Linda jer, yang lebih luas and convenient. Hmm...



Cemanapun aku rasa, kalu orang takmo datang umah kita, maknanyer, kurang rezeki, kan? Aku bersyukur ada rumah untuk tinggal.. walau sempit, tetap ada tempat berlindung kami 4 sekeluarga. Alhamdulillah....



Entry melalut.. from pak mentua to rumah sekangkang kera.. tu yang maleh tulih tu!


6 comments:

  1. umi, bila diaorang datang KL, uols buatlah makan2 sure diaorang menyinggah rumah uols..

    ReplyDelete
  2. biar kecik asal kita bahagia...mama pun selalu gak g triang tu,umah member...felda rentam..

    ReplyDelete
  3. artis,
    i ol memang selalu masak2, maybe tak sedapla kot, besides umah i ol yang kecik, maka dey ol tak berapa nak suka mai!!

    mak su,
    tima kasihlah, ko mmg paham ek?

    mama ranggie,
    tengkiu singgah, teruskanlah menyinggah blog saya.
    triang tu mmg my feveret sopping place, ahak..

    ReplyDelete
  4. biar sempit rumah.....
    jangan sempit hati.....

    selamat hari raya aidilfitri.......

    ReplyDelete
  5. slamat hari raya umi,
    meh nak main secsofon lagu pak mertuaku hehehe

    ReplyDelete