Sunday, May 11, 2008

Hujung minggu yang bosan

Hari ni Ahad, 11 May 2008. Hari ibu katanya.
Dah 11 taun aku jadi ibu kepada anak2 ku, Amal, 11 and Ameer, 6.
Dah 3puluh tuuttt tahun pulak aku jadi anak mak aku. Aku sangat2 menghargai mak aku, korangpun sama, kan?

Tapi disebabkan hari ni kanda keje, semalampun dia keje gak, maka akupun, pepandailah buat program bersama anak2 aku tu. Lunch ni malas masak, sebab nak buat piza dari semalam lagi..
Aku beli roti arab kat pasar slayang, katanya buleh buat piza lepas letak filling and bakar lagi. Hmm.. sedap gak.. buleh buat selalu.. takyah makan kat pondok piza tu lagi, tau.. makan atilah dorang tak merasa duit aku lagik.. hiks!

Tulah dia program pertama untuk hari ni. Lepas tu ptg plan nak gi swimming kat kolam sri siantan, tetiba Amal demam, tah kenapa dia jadi lembik, tak selera makan, maka terpaksalah aku bataikan sesi berenang-renang itu. Biarlah dia rehat. Esok lusa dah nak peksa, dia buleh demam pulak. Cemana nak mbuatnya, bukan buleh di tolak demam ni ye tak? Redho je la.. iye?

Ingat bila Amal da bangun nanti, nak ajak dia ngan Ameer pegi Giant, beli buah, roti, telur dan sebagainya. Saja, buhsan nih, nak kuar jugak. Pastu nak isi minyak kereta, pastu, pastu.... apa lagi ek? Malam ni buat stimbot lagi, kot. Tulah pasai nak kena beli barang kat giant tuh.. ewahhh, alasan nih! Anak2 aku suka ngan stimbot, esp. mak dia buat punya... heheh..

3 comments:

  1. selamat hari ibu untuk ko umieameer, caiyuk caiyuk

    ReplyDelete
  2. caiyuk, caiyuk to mama ranggie and mak su
    you guys rock mamas..

    ReplyDelete