Friday, January 22, 2010

Rotan

Dear diary… it is a pleasure for me to write again. I was busy. Not that I want to put you on hold for a long time, it’s just that I couldn’t find the time to entertain you. I’m very very sorry my dear diary..

Tulis melayulah, lagi senang, takde grammar error. Maklumlah, aku takut buat salah, especially on grammar. Sebab aku tak suka bila baca orang tulis grammar berterabur, spelling pulak ikut sukati deme, aku kutuk, jadi, janganlah aku tulis and salah pulak.

Sejak bila aku tulis diary?

Heheh.. bila ngenangkan apa2 yg terjadi ni, memang patut tulispun. Berbagai ragam manusia berlaku sekeliling aku nih. Kalu tulis dengan teliti, bila baca nanti nanti, kita pasti dapat kenang perkara yang terjadi tu dengan jelasss sekali, kan?

Cam tadi, Ameer call aku kat opis sambil nangis. Abang nak pukul dia, katanya. Bila tanya kenapa abang nak pukul, panjang berjela sebabnya. Kesian pun ada, tapi lebih kepada nak kata kat dia… “kan dah selalu abang buli adik, kenapa nak nangis… just take it la.. kalu tak boleh balas, redha jelah…” ahaks…

Bila dia nangis2 dalam keadaan geram kat abang dia tu, diapun ngadu pulak, abang curi2 masuk bilik aku yg berkunci tu, guna kad to open the door, amik laptop and main game pada hari2 yang tak sepatutnya.. Meaning to say, adik tau, tapi diamkan or disuruh diam. Till dia tak buleh tahan, dia gunakan utk kenakan abang dia pulak.

Susah, memang susah mengawal anak2 yang sedang membesar. Ada seorang remaja pulak tu. Kadang2 aku tak buleh kawal diri, aku rotan je… heheh.. korang takkan tak pernah merotan? Anak aku kalu dah nampak rotan, baru nak menggelabah.

Entahlah. Aku cuba jadi sebaik2 mak, jadi sahabat jugak kat dorang nih. Tu dua je anak lelaki aku yang aku ada… huhuh.. Mak aku dulu.. seingat aku, takde lah marah2 kitorang adik beradik sebab bergaduh.. sebab aku rajin merayau tu memang adalah kena sebat, itupun lepas mak aku dah geram ngat… Hihi... mak oh mak. Tiba2 rindu plak kat mak!

No comments:

Post a Comment