Berapa punya sakit daa badan aku pagi tadi masa nak bangun. Alarm kat henpon bunyi dekat 11 kali kot sejak kol 5.50. Tapi aku buat donno je. Tak larat. Sangat lenguh. Dua2 pergelangan tangan aku lenguhhh giler. Dua2 lutut ke atas pun sengal2 tak tentu hala. Aku puas sebab walaupun aku rasa tak larat giler nak bangun awal, aku tau dalam hati bahawa exercise malam tadi kat kelas poco2 tu dah berkesannn.. Takpelah, tanggung sakit gitu.
Soh kanda urutkan sikit2, pastu dengan berat hatinya akupun bangun jugaklah ke bilik air. Tupun dah lewat like 6.40.. hahhaha.. sukati aku je kan. Sebenarnya aku harini takyah awai2 ngat keluar sebab dah janji ngan mak nak gi tabung haji. Mak kata biar awai, tapi awai pekejadah kalu tabung tu only opens at 8.30am. Redha je lah.
Lepas mandi, lega betul.. tak jadi rasanya nak gi klinik mintak mc.. konon tadi nak rehat lepas antar mak gi tabung. Apedehal.. bila dah lega, aku takkan nak mc lagi, ye tak? Akupun teruslah bersemangat nak keje, sementelah aku sukaaa sgt keje aku ni dan aku selaluuu ikhlaskan hati, dalam melakukan ibadah keje ni.
Ada yg bosan baca mende2 gini?
Pedulik hapa aku... aku mmg suka mentarbiyahkan diri sendiri dan kawan2 terdekat. Terima amik, tak terima aku mintak mahaplahhhh...
Usia dah menjangkau tut tut...han ni, aku berazam nak perbaiki diri, untuk akhirat aku cuba lebihkan. Korang rasa cemana? Takyah tanyalahkan.. aku buat yg terbaikpun, utk siapa.. diri aku sendiri, jugak, kan? Orang lain aku tak kisah sangat asalkan aku dan kuarga bahagia dunia dan akhirattttt.. gitu. Akhirat okay, duniapun insyaallah okay, tak gitu? Kan?
Panjang celoteh aku harini yg aku ingatkan mulanya nak buat tiga baris je tadi.. ahaks!
Tarbiyah maksudnya - -“Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”.(Dalam buku Manhaj Tarbiyah ‘indal Ikhwanul Muslimin).
it's how i look at my life and family and my passion for good health and inner beauty!!
Thursday, March 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023
Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih. Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...
-
ku mimpikan kedamaian di dalam kesederhanaan satu kehidupan ku rindukan kemesraan bersama senyum keramahan tiap pertemuan bila re...
-
mari kita lihat apa yg istimewa tentang wanita siam ini: saya petik dari blog kawan bisnes saya, tok siak ni.. http://guaraterapi.blogspot....
-
inilah dia surat layang yg akak terima last week. best kan.. bukan calang2 org dapat surat layang ni tauu.. kalu tak artis, tak menteri ta...
No comments:
Post a Comment