Tuesday, May 25, 2010

Touch base .. ingatkan diri sekali lagi!

Ini dipetik dari Perutusan Pengasas DCL, Dato' Stapa Hj. Omar

Selamat datang ke alam kebebasan kewangan dan gaya hidup teransang DCL. Ini bermakna anda mengucapkan selamat tinggal kepada rutin hidup yang penuh tekanan. Kebanyakan insan di dunia ini hanya bergantung kepada gaji yang dibayar untuk kestabilan masa hadapan. Kebebasan kewangan kelihatan hanya satu impian kosong.

Tetapi bagaimana dengan mereka yang berjaya meningkatkan diri dan mencapai kebebasan kewangan mereka? Yang pasti mereka ini tidak mempunyai lampu ajaib. Mereka yang berjaya, bijak menggunakan ‘KUASA PILIHAN' yang dianugerah Tuhan dengan memilih pilihan yang tepat.

Bagi mereka yang melihat peluang dan terus mengambilnya semasa peluang itu tiba akan berjaya, manakala bagi mereka yang tidak nampak peluang tersebut atau hanya sekadar mencuba nasib pasti akan gagal.

Dunia sedang menyaksikan satu aliran raksasa di dalam industri pemasaran pelbagai peringkat (Networking) dengan penghasilan jualan mencecah angka melebihi US$100 Billion setahun dan ianya terus berkembang pada kadar fenomenal. Begitu juga di Malaysia dan seluruh rantau asia pasifik, menunjukkan pertumbuhan dengan kadar multi billion Ringgit, dan terus berkembang. Oleh kerana itu DCL pastinya akan menjadi satu kenderaan yang akan membawa anda menuju matlamat Kami menyediakan rancangan menarik dan berinovatif di mana prinsip-prinsip keadilan kepada pengguna dan pengedar dijadikan asas.

Dengan semangat perjuangan dan keberanian yang tinggi, percayalah tidak ada apa yang tidak boleh anda ubah. Marilah membangun bersama DCL. Jadikan hari ini sebagai permulaan bagi satu kehidupan yang lebih bermakna. Lakukan yang terbaik hari ini untuk masa hadapan yang cemerlang. Marilah melangkah ke dunia kemenangan. Bangunkan gergasi yang sedang tidur. Ayuh! Bertindaklah sebagai seorang pejuang dengan penuh keyakinan.

Walaubagaimanapun jangan sekali-kali biarkan impian anda terkubur kerana kurang keyakinan. Dan jangan sekali-kali anda menugggu sehingga cukup tahu untuk memulakanya. Orang yang sampai ke destinasi adalah orang yang memulakannya. Pengetahuan dan keyakinan akan terbina melalui proses tindakan. Bermulalah dengan apa yang anda ada. Sesungguhnya anda akan tidak akan temui hatta sehari pun, hari yang anda benar-benar bersedia. Melangkahlah ke hadapan dan jangan biarkan orang lain memindahkan ketakutan kepada anda serta menghalang perubahan.

Sayugia diingatkan, pejuang tidak pernah takut kepada rintangan dan kegagalan, justeru rintangan dan kegagalan adalah pra syarat kepada sebuah kejayaan.

No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...