Aku ni anak2 sekolah, bila deme cuti, meriah weh. Korang yg ada anak sekolah, taulah perasaannya. Anak2 akan merengek itu ini begitu begini. Aku mana2 yg buleh layan tu, layanlah, yg idak tu, bagilah macam2 alasan. Anak2 aku pandai, mendengar kata la jugak.. Heheh.. memang betui. Deme ndengar kata aku, bukan aku yg ndengar kata deme. Patutnya gitulah ye tak?
Hari kamis and jumaat, takde aktiviti. Lepak2 sambil layan tido sebab selalu tido lewat baca buku. So aku pakat bangun lewat, like 11, haaa kauu.. baru best cuti. Kanda keje, so, senanglah sket, takyah nak masak tu ini. Anak2 ni senang, lariii je ke umah opah bila bangun. Bukan reti nak ngejut aku soh buat sarapan, deme semua paham benau.. biarkan je umi dia tido lelewat, boleh? Sayang anak2 umi, kan?
Jumaat, kanda kata buleh amik kereta, dah siap. Kan ke best kalu kanda belikan aku kereta baru, kan, kan? Idak.. repair lagi, kembara tuuu.. Lega udah siap, skrg nak mikiorkan cemana nak pegi amik kereta tu kat taman bolton.. mmm.. pakat naik bas la. Bas bongok takmo datang time aku tunggu, maka akupun tahanlah teksi.. mudah je, angkat tangan, udah dia berenti.. kena 7 hengget lebih kau.. Haaa, nak jimat tadi nak naik bas..
Malam pulak, ogy kata tak jadi pulak klas kat rawang. Alamak, aku dah planned baik2. Dia buat klas sabtu plak. Haiii.. Seminar Irfan udahlah tak dapat jawapan yes, idaklah aku dapat pergi. Kakros and zu je yg peginya, aku yg introduce ke deme, idak dapat, sedey!
Sabtu pakat gi piknik ulu yam dgn anak2 semua, except anak2 am. Ater bapaknya tak bagi pegi, idaklah ku berani membawak deme. Tak kuasa akuuu.. Syok deme berendam dekat2 6 jam. Best lepak2 ngan Liza and acu. Sporting benau deme tu.. heheh.. rock lagi! Terasa aku muda cam deme jugak.. hahaha.. kes berangan kembali muda. Kanda takde, keje, tapi aku tetap bawak anak2 gi piknik, boleh? Abis, nak tunggu dia ada je, bilanya?
Malam kanda ajak teman dia kuar jumpa sedara dia jalan2 time square. Sedara dari perlis, tapi duduk di umah sedara lain kat taman melati. Apa2 jelah.. Akupun pegilah, tak jadi klas kat rawang. Lain jadinya. Jalan jem, lepas makan sate, jalan2 balik.. boringgggg!!
Ahad, pakat gi sarapan reramai kat pasar. Kanda belanja.. heheh.. sapa lagi kan?
Masak ala2 je, tapi banyak2 sebab ramai. Seronok tengok budak2 kerumun makan kat umah aku. Petang, gi lake garden ngan acu and family. Seronok main bola, main badminton and macam2 lagi. Daniel anak acu tu mmg tangkas main bola, macam acu jugak, tak sangkaaa. Memang beza kalau dah biasa main dengan sesekali main dan mmg tatau main..kan?
Anak2lah yg seronok kalu dapat berjalan2 ni. Anak2 seronok, ibu bapakpun seronoklah jugak..
Aku harap aku dapat membahagiakan anak2 aku dan memberi kemewahan hidup pada mereka satu hari nanti. Takde apa yg lebih membahagiakan aku selain membuatkan org2 yg aku sayangi bahagia, kan?
Doakan umi berjaya dalam bisnes yg umi baru ceburi ini, ye anak2?
No comments:
Post a Comment