Monday, July 07, 2014

umpat dan bulu2 binatang

Ada satu cerita tentang seorang yg amat suka mengumpat. Hari2 kerjanya mengumpat manusia. Pantang terlihat kesilapan orang mulutnya automatik mengumpat. Si pengumpat menyedari tabiat buruknya itu dan ingin berubah. Pun begitu amat sukar baginya untuk mengubah tabiat buruk tersebut.

Akhirnya berbekalkan semangat ingin berubah kepada kebaikan, si pengumpat tersebut menemui seorang ustaz utk menceritakan masalahnya.

Setelah mendengar dengan teliti masalah yg dihadapi si pengumpat tersebut, ustaz itu pun mengambil satu guni lalu diisikan penuh bulu2 binatang.

"Ambil guni yg berisikan bulu2 binatang ni dan pergi ke bangunan paling tinggi di bandar kita. Kemudian buangkan bulu2 di dlmnya sehinga habis. Setelah selesai semuanya datang kembali ke sini bertemuku...!", suruh ustaz itu.

Si pengumpat tadi terus melakukan suruhan ustaz tersebut tanpa berlengah. Dia naik ke bangunan paling tinggi di bandarnya dan dibuangnya bulu2 binatang yg ada dlm guni tersebut. Bulu2 binatang itu kemudiannya berhamburan ditiup angin. Selesai semuanya dia kembali bertemu si ustaz.

"Saya dah selesaikan apa yg ustaz suruh itu..", kata si pengumpat.

Ustaz itu tersenyum. Kemudian berkata, "Baik, sekarang aku mahu kamu cari balik bulu2 binatang yg kamu buang dari bangunan tinggi itu sehingga penuh balik guni dengannya..!"

Si pengumpat tercengang. Mustahil dia dapat melakukannya.

"Ustaz! Mana mungkin saya dapat melakukan perkara tersebut. Bulu2 tersebut telah bertaburan ditiup angin dan berselerak di merata tempat yg saya sendiri pun tak tahu di mana...!", katanya.

Ustaz itu lalu berkata, "Saudaraku, ketahuilah bahawa begitulah getirnya masalah yg kamu bakal hadapi di dunia dan akhirat kelak akibat suka mengumpat..!"

Semoga bermanfaat bagi para pengumpat tegar. Kikis la sikap suka mengumpat. Terutamanya di bulan mulia ini.



credit to cik Zarra Qamar..


No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...