Tuesday, September 09, 2014

sayang abang...

utk kaum lelaki, eh.. lelaki tak semuanya suami.. well, kalu nak amik sebagai knowledge apa salahnye ye tak?  mana tau yg bujang2 tu soon nak jadi husband org.. yg dah jadi husband worang tu.. mana tau kot2 boleh memperbaiki hubungan dgn isteri.. mana la tau kann.. ini pandangan aku sebagai seorang isteri..

apa yg isteri tu nak cuma dilayan, sikit2, borak2 tanya kabar, kadang2 dua2 kerja, mmg dua2 penat, bini tu sokmo nak bercerita, kadang2 dia pun takde sapa nak layan berborak, kat opis mmg bersilat buat keje, so, dia expect suamilah tempat dia bercerita.. layanlah. sikit2, macam amik tau.. buatlah macam berminat.. janganlah bini bercerita, ko kata, biasa la tu, biasa la tuu.... kalu biasa, dia tak ceritalah.. tentulah dia nakkan perhatian sikit.. dia kan isteri kau.. bukannya jiran sebelah.. heheh, boleh la kata sabar, but bagilah pendapat macam kau setuju dgn bini tu, bagi nasihat elok2, bini tu tau dah nak buat apa.. sekadar berkongsi cerita saja dorang punn...  tapi kalu bini tu asik nak mengumpat or mengutuk2, adalah baik kau gunakan kata2 indah tuk menolak dia dari terus berkata2, tapi kena cakap baik2 jugak, pakailah ayat2 hadis yg sesuai tentu dia insaf  ataupun... tarik tangan dia, cium bibir dia, peluk dia.. tentu dia tak buat lagi ngutuk2 tu.. berdosa okey.. jgn dua2 berdosa nambah2, pulak.. okey?

pastu bila bini tengah tegur anak2, sila diam seketika, or backing bini tu.. bagi anak2 tu nampak ada kesepakatannya mak dan abah dorang, sama2 nakkan kebaikan utk dorang.  jangan sesekali canggah kata2 bini tu menegur anak2.. sangat2 tak baik utk kehidupan berkeluarga bila mak and abah ada pendapat yg bercanggah.. lagi2 dalam mendidik anak2.. oh so not good!!

aku rasa lakibini sekarang, dua2 pun amik tugas masing2 dah, samada buat kerja2 rumah or menguruskan anak2..  janganlah dibiarkan bini tu nguruskan semua hal rumahtangga, oh please, ini sebenarnya ramai lagi yg tak pedulik.. pd dia, suami tu tinggi benar darjatnya yg tak boleh buat apa2.. jangannnn.. mmg lah darjat kau tu tinggi sebab syurga isteri mmg dibawah tapak kaki kau, tapi kena ingat, baginda nabi rasulullah kita dulupun buat jugak keje2 rumah membantu isteri2 dia, okey, even jahit baju dia sendiri (correct me if i m wrong), but itulah.. sama2 uruskan rumahtangga, barulah boleh aman dan isteri takkan rasa dia saja yg dibebankan.. kadang2 mmg dia boleh buat, sokmo dia boleh buat, tapi kenapa nak bebankan dia dgn semua2 tu, and bila nak berehat dan bermesra2 di katil, dia dah tak larat, kau jugak yg komplen, kan tak bagus tu?  ingat, ni sangat2 penting sebab layanan isteri yg selalu diharap oleh suami, so sama jugaklah pada isteri, layanan yg paling best dari suami jugak dia mimpikan setiap kali.

semua isteri maukan lelaki yg perfect, tapi kami pun sedar kami ni siapa nak dapat lelaki perfect, tapi kami akan lebih bersyukur jika suami2 pandai mengambil hati isteri2.. itulah yg paling penting.. kalu benar2 ikut cara Rasulullah dalam menguruskan isteri dan rumahtangga, in sya Allah.. isteripun akan cuba berikan yg terbaik.. paling penting didiklah isteri tentang cara2 yg sepatutnya kau didik, iaitu ikutlah cara yg Rasulullah dah tunjukkan.. jadilah seromantik Rasulullah saw or buatlah sebaik boleh dan jadilah sebaik2 teman kepada isteri anda.. layanlah dia seperti dialah permaisuri2 or bidadari2 yg ada dalam hati anda, sebab bidadari2 inilah yg akan beri layanan tip top jika hatinya puas dan bersyukur mendampingi kamu.., in sya Allah..




No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...