ni sebenarnya trip family. tapi lebih kepda memenuhi impian along den yg sejak lahir tingin nak pi cameron. itulah.. sibbaik dia nak sangat cameron je.. buatnya dia nak pi hawaiian island.. mahu aku takkan layan la kann.. ekkeeke.. along ni dah tentu aku tau apa dia nak. sebab sekarang dia dah kamcing dgn aku. trip ni siti or ety anak dialah yg usahakan.. aku ngikut je la. walaupun kena sama2 tanggung kos tempat tido dan tempat makan serta tempat pengangkutan aka kereta nak ke sana. laki den tak dapat pegi. seperti biasalah.. ini bukan trip kawan2, so tak menarik pada dia.. lagipun dia kata dia sengkek.. hmm.. iyerlah.. nampak sgt dia tak berusahapun. maleh dan nak kata apa2, aku hamburkan je dah haritu masa dia kata dia kena keje pulak. kalu dah mintak cuti awai2 takkan org soh dia keja lagi.. tapi itulah lumrah laki den. terima je lah kann?
jumaat dah cuti. maybe khamis malam lagi kami dah bertolak. jumpa cousin aku maza, kat area bt gajah and sleep over dulu kat umah dia. pagi2 esok baru bangun.. ehhh.. bangunpun kalu masih diberi nyawa oleh Allah.. ekekek.. bangun la nak gerak ke simpang pulai and cameron highland ye tak? deme plan nak pi kutip stroberi, nak pi beli sayur2and and buat steamboat and also nak cari cendawan goreng. oh feveret den tuuu.. apa saja la kau su.. bab makanan semua feveret yek? takde pantang larang kann? tak, bukan gitu.. kita kena nikmati segalanya yg ada di sekitar kita. kita kena hargai selera kita yg masih buleh makan, kena mencuba benda2 baru dan macam2 lagi. aku mmg suka berjalan dan melihat alam sekitar.. alahai skema nya ayat.. tapi itulah yg sebenarnya. dulu masa abah aku ada lagi.. aku akan amik peluang jalan dgn abah. walau tripnya dekat, abah akan cuba mintak sapa2 drivernya berenti utk minum. abah mmg best. tetiba plak tingat abah huhuuuu.. abahlah tempat aku mengadu nasib dulu. aku kan manja dgn abah. macam2 aku ngadu. skrg abah dah takde, laki aku pun membuli aku je kejenya.. ye tak? huhuu.. maybe takde sapa nak gertak dia lagi kot. hai laa.. teruk kan? ekekek.. nasib aku la labuuuu..
apa benda aku nak tulis tadi ntah.. tetiba terpanjang cerita yek?
jap nak cari pic2 lama masa pi cameron dulu2 dgn dept aku few years back. takdo la pulak. susah cari. letak pic lain lah yek.. ni kat ladang teh.. tapi kat kk punya pic.. layannn
No comments:
Post a Comment