lama tak citer pasal anak bujang aku si akmal kan? akmal anak no. 1 aku, 19, dia study kat bt pahat, under kolej pendidikan tinggi mara, or kptm. pagi tadi udah balik ke batu pahat, ke kolej dia. sebut kolej cam anak org kaya lak. ehheeh.. pd aku dulu balik campus je sebut.. now dia sebut kolej, kolej la jugak
since sblom puasa dia dah balik, cuti semester now dia menyambung ke sem. 3 pulak. yg sonok nak kabor tu dia bitau dia dapat dean's list. sah anak aku macam aku gak.. ekekekke.. mapuh rasa pandai pulak.. aku rasa gene tu mmg amik dari aku. sebab aku kenai bapak dia.. ekekekek.. mapuh kena lempang kalu bini celupar cam aku ni cakap depan laki kan?
aku dulu belajar diploma mmg ada la jugak dapat dean's list (sijil dekan), kira dalam kategori budak2 pintar la kononnya kan. itulah bezanya budak biasa2 dgn budak pandai kan. if not, buat apa dia bg point2 tu semua. baik bagi je lulus belaka. lagi elok, takyah bagi exam, kasi je semua sama, kan? ada pulak org yg suka belajar, tapi bila nak dibagi ujian, dia tak suka.. apa maksud tu? dia segan nak ulangkaji lettew. ujian ni nak gredkan setakat mana kemampuan ko mengingat or dapat apa yg ko belajar, kan kan? masing2 la menghadapi hidup kan. kadang2 apa dibelajar langsung tak apply utk keje. kadang2 semua diguna.. so, bertuahlah sapa2 yg dapat guna semua ilmu utk mencari rezeki.
aku tak hantar akmal smpai BTS (stesen bas) pun, just sama2 pi keje and dia stret naik tren ke BTS and aku plak turun kat KLS nak pi keje cam biasa. aku tau amal suka course yg dia amik tu. harap dia study elok2, study smart. ingatlah pesan aku selalu. jgn tinggal solat, jangan main2 belajar, jangan rosakkan anak dara org or jangan gaduh2 dgn kawan2 and lastly, jangan membazir duit. umi ayah bukan org senang nak dengan mudah bagi dia duit every time dia sesak. but we will try our best to make your study as a meaningful years of your life. education itu sangat penting kan?
bila amal dah balik kolej, tinggallah adik dia sorang. takdelah bergumpal bergaduh bagai sementara ni. sunyi la rumah. amal ada dia yg kemas rumah sikit2, basuh pinggan, sapu lantai, angkat sidai kain etc etc. hahaha.. latihan rumahtangga harus diberi walau pada anak lelaki okeh? supaya dia senang di mana2 jua dia berada.
itujelah dulu utk kali ni. lenkali kita tulih lagi k?
it's how i look at my life and family and my passion for good health and inner beauty!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023
Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih. Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...
-
ku mimpikan kedamaian di dalam kesederhanaan satu kehidupan ku rindukan kemesraan bersama senyum keramahan tiap pertemuan bila re...
-
mari kita lihat apa yg istimewa tentang wanita siam ini: saya petik dari blog kawan bisnes saya, tok siak ni.. http://guaraterapi.blogspot....
-
inilah dia surat layang yg akak terima last week. best kan.. bukan calang2 org dapat surat layang ni tauu.. kalu tak artis, tak menteri ta...
Salam,dean's list.
ReplyDeleteLeast is more negative.coback check least makna apa.
Wasalam
okeh,, thanks.. my bad..
ReplyDelete