Thursday, July 14, 2016

kasi peluang

tuan hakim:  jadi encik tutt sedia menceraikan isteri?
encik tutt:   tak tuan hakim
tuan hakim:  alasannya
encik tutt:  saya masih sayangkan dia..

panggg.. ya rabbi.. sayang rupanya..
hmm.. tapi sayang bukannya cinta kan?  pd aku.. dalam cinta ada sayang ada kasih ada kasihan.. tapi dia ada sayang je utk pertahankan aku sebagai isteri dia.  dah org mintak cerai ko buleh senang2 je bagi alasan nak stay kan?  hakim kata selalunya kes2 ni elok sepakat.  nak berbaik sepakat berbaik, nak cerai pun takpe, asalkan sepakat nak cerai.  ater la kes aku ni.. dia ni mana ada pakat2 nyer, ajak pi konseling jauh nak datangnya.. asik2 muka aku je kena tanya dengan ustaz jabatan agama tu.  ater, aku nak buat cemana?  aku cakap sokmo kabo aku mikir mende2 yg tak baik, asik membesarkan perkara kecik. kecik la, kalu lama2 ko takpedulik, ia jadi besau la pandaiiii..

ya Allah. mmg la kau mintak maaf.  janji tak buat lagi.  aku bagi peluang.  aku akan kira setiap satu yg kau kata nak buat baik.. nak perbaiki.  bila sampai masa.. kau tak betui2 ikut piawaian aku.. kita pisah jugak.  aku akan usahakan.  sabarlah wahai hati.  kau saja yg tau hati kau robek bagaimana.. dia nak pi tampal ingat mudah.  cemana pun aku bagi peluang jugak.  we will see.. kalu ikhlas tentu Allah balas ye tak?

k bai

No comments:

Post a Comment