Friday, August 19, 2016

kenangan merasuk jiwa..

korang penah tak kena rasuk?
aku pernah tau.. masa tu umur aku 17 taun.  lepas spm.
mak kata aku sakit lama, tak sedar diri.  tido pun diapit mak and abah masa tu.  kejap2 menjerit, kejap2 meraung.  eheheh.. aku rasa baru2 ni aku teringat.. aku ada lah tanya along.  masa tu mmg along tinggal belakang umah mak.  so, kami taulah kesah tu. aku tanya along, aku rasa cam kejap je sakit tu.. sebab aku tak ingat apa2, rupanya along kata 3 bulan jugak.  ko bygkan dalam 3 bulan, aku dah padam tak ingat apa2. aku makan apa yek.. kalu tak ingat makan cemana aku survived?  tu lah kuasa Allah.  ada yg aku ingat, aku terjaga tengah malam, terus ingat kat atas katil, mak akan sembur muka aku.. adui.. tu je.. lain2 tak ingat sgt bab tido.  yg aku kdang2 ingat, mak soh aku pakai seluar, gamaknya kalu pakai kain takut terlucut.  lepas tu aku ingat bersilat dgn lelaki2 ntah berapa org.. yg aku ingat masa tu abg amir ada, abg zul, abg lebai umah sebelah (anak sedara mak mudo jiran), adik aku hisham and sapa ntah lagi.  bersilat kau. aku pulak muda remaja 17 taun waktu paling bergetah.. ekekekek.. tapi sebab sakit.. disampuk antu kat bukit botak kisahnya.

nak jadi cerita, aku ikut along gi kebun dia.. masa tu dia nanam ubi kayu.  byk dah kena hogah kebun along tu.  kebun pun kat utan bukit botak tu. aku ckap apa ntah yg senstip kat situ.. aku tak ingat dah.  tapi bila balik umah lepas tu.. hati rasa semacam.. rasa sayuuuu.. rasa nak nangisss.. yg tu aku ingat sangat.. rasa macam nak  pegi jauh2 tinggalkan semua family aku masa tu.  nangis2 aku mintak mahap kat mak.. lepas tu padam.  along kata ramai jugak yg dtg cuba membantu mengubati.  abg ipar aku (suami angah no. 1 sblom abg rahimuddin) pun ada bawak kawan tolong.  bomoh tu dtg bawak keris kau. aku boleh  ingat keris dia. tapi aku tak ingat plak cara dia mengubat aku.  banyak tak ingat dari ingat masa 3 bulan tu.  lama weh.. 30 x 3hari.. 90 hari.  dok dalam umah jer terperap.  yg aku ingat tu aku ada bersilat and aku tumbuk muka hisham (adik bongsu aku) sampai bengkak masa bersilat2 tu.. ekekeke.. itu je la pun peluang nak menumbuk muka diakannn?  tapi aku bukannya sedar punnn..

along kata.. dema bitau la kan.. aku ni nak dibawak lari dek putera bunian.  udah berkenan dgn aku katanya.  tu yg berebut nak bawak aku pegi.  deme tak kasi la aku pegi.. udah kalu ilang kang tiba2 tak balik2 rupanya kawen dgn org buniaaan,,, haruslah akupun hilang sama cam bunian ye tak?  dalam masa sakit tu.. aku ada la jugak ingat satu org tu tinggiiii.. naik kuda lalu tepi umah aku.  aku tak nampak muka dia.. tapi aku tau dia naik kuda besau.  kuda tu pun talinya dipegang oleh seorang lain yg jalan depan dia.  tak ketuk tak ketug tapak kuda tu masa lalu dekat umah aku.  along kabo aku kalu menjeling, budak2 kalu tertengok, harus nangis.  aku pulak masa tu mmg rapat dgn anak buah aku si siti tu.. kesian siti masa tu nak bermanja and main2 dgn aku, aku buat derk and garang jer.  ye lerr.. bukannya akupun time tu.  along kata lagi.. deme nasihatkan aku, jangan biar aku dok sensorang, aku tak boleh sunyi sepi, takut pikiran aku menerawawng dia bawak mambang. ekekekeke

yg jadi pulih tu maybe Allah nak bagi kesembuhan.. Arwah tok sedara aku tokdin, usahakan baca yassin entah berapa malam aku tak ingat.  mintak baju aku buang kat sungai mana ke ntah.  masa dorang baca yassin tu, kat umah aku malam2 tu.. aku duduk tengok, tapi aku tak dengar deme baca ayat2 quran.  aku dengar ntah apa2 deme sebut kau.  muka macik2 aku yg dok beratur ramai2 baca yasin tu pada pandangan aku berconteng2 kau dengan warna putih kat muka deme.  ngeri pun ye.  aku rasa berguling2 pening.  nahan panas pun ye.  setan la ltu kan?  teruk jugak la pengalaman tu.  tapi itulah dia yg menjadikan aku seperti sekarang ni.. ting tong kot.  hahaha.. nasiblah

aku rasa ramai jugak yg pernah rasa dirasuk.  nak kena sekejap je kadang tu.  bukan ssalah kita pun buleh terkena.  jadi, berhati2lah.  pada diri aku.. mende2 ni datang sekejap2 dalam pikiran aku bila aku duduk sendirian mengingatkan.  bawaklah diri kita balik pada Allah.  tu je.  bila berzikir tu.. ingat yg Allah ada memelihara kita walau kita ni lupa sokmo.

aku selalu ingat cemanalah kalu aku kawen dgn putera bunian.. ekekekekkeek.. gilo kau su!!



No comments:

Post a Comment