Friday, October 21, 2016

manis

pernah tak org bitau kau tu manis?
maksudnya org kata senyum kau manis, bukannya kau tu rasa manis.. hahah..
aku pernah jugak org kata aku manis.. sweet la deme kata.. aku tau bukanlah benar, melainkan sekadar mengambil hati and nak meng "jek" aku bila aku letak profile pic baru  kat fb.  aku tak kisah.. aku tau mmg aku tak berapa nak manis or sweet pun. apa nak buat, redha dengan rupa paras yg Allah dah berikan.

ni kisah about 3weeks back, kalu tak silap aku.  hari senin tu aku rasa tak sihat.  sakit perut, gulung2 peh tu nyentap2 kat pusat..; mmg susah la nak tido malam tadinya.  so, aku cuma dapat tido bila dah ilang rasa sakit tu, itupun dah siang.  sakit.  bangun tu, ceri beri mengiringi beberapa kali.  adakah ceri beri ini bersangkutan dgn sakit perut yg aku pikirkan gastik tu?  maybe tidak.. tapi datangnya bersama2.. sakit ya Allahhh..  jadi aku decided to rest at home.  siang sikit nak amik mc kat kinik ranjit.  so, aku pun rehatlah.  ulang2 jugak gi toilet still ceri with the berries.  sakit.  gulung2 dah lega. Bila dah terang, aku pun ajak anak buah, si siti gi kinik.  Cek2 mmg gastrik lah.  BP pun naik.  So terlanjur dah cek, aku tanya lah doc napa aku asik kencing tak tentu hala, siang or malam.. sejam kena pi buang if not.. aduhaiii.. menderita.  doc tu soh aku buat je cek utk diabetes.. yeah why not.  dia cek nahhh kauu.. 21.3 bacaan terhebat.. ekekek.. mmg rasa terkejut lg bila doc kata normal gula is 6.  amik kauu.. dia pujuk aku soh buat yg puasa punya esoknya.  dia bagi mc 2 hari soh aku rehat, and esok mai pulak for the test.  so esok dgn berharapnya aku pi la buat test lagi.. tengok berapa?  15.7 tu diaa.. hebat tak anak abah yg manis ni?  masya Allah.. i m so full of sweetness, in this case, it is diabetis alrite.  ekekek.. mapuh.. dah makan segala mende, kan.  exercise liat.. sexercise pun tak ckup.. ekeke.. mana la nak menampung?  insulin tidak dapat dikeluarkan secukup utk menampung gula yg terlalu banyak itu.. doc terus prescribe ubat kencin manis utk aku.  in 2 weeks time pi lagi utk cek.   hmm.. beginilah nasib.  nak hidup lama,  kena hidup dgn sihat.  kalu badan dah macam tong drum ko pikir ko sihat su?  think again and again.

so, aku dinasihat oleh mereka yg sayangkan aku utk stop amik soft drinks, stop itu stop ini.. kurangkan nasik..kurangkan manis2.. buatlah exercise.  tu semua aku tau.. in sya Allah.. kita mula kan lagi.  bykkan berpuasa, haaa, nampak tu, itulah pesanan yg paling baik aku dapat.  bersama dengan itu.. aku akhiri tulisan ini dengan mengatakan bahawa aku telah disahkan memang wanita yg manis.. ekekekeke.. alhamdulillahhh.. aku redha!!



pic ni muka yg sungguh mengada, bukannya sweet, tapi menggedik tahap gaban.. kenapa aku posed gitu yek?

No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...