Friday, January 20, 2017

balik dulu

time masa ni dah kol 12.51 tengahari.  aku dah boleh balik.  half day harini sbb giliran aku opis kasi cuti.  konon2 ingat nak pi tengok movie lah. ehhh.. sensorang tengok movie tak syok lerr.. ater.. sementelah den sorang je yg availablenya kann?  heheh.. semalam dah cuti.  berjimba seharian dgn kak ita norita.  byk mende kami buat tauuu.. turun naik ketapi merentas kota.. cewahhhh.

so, harini dapat cuti lagi.. apo nak buek.  raso tak jadi kot tengok movie.  haritu aku dah beli 4DVD konon nak tengok hari sabtu last week.. masa terlalu mencemburui aku.  udahlah mmg benar kata org yg masa semakin cepat berlalu bila hari2 dah akhir zaman ni.  tak sompek nengok pun lagi semuanya.  sejak ada astro.  aku pun tak sempat gak tengok cerita2nya.  ntah sapa lah yg layan astro kat umah aku tu selain laki aku sorang tu.  bila aku tengok dr dapor dia kat sofa tu konon2 bukak movie la kan.. tapi tangan asyik sgt melayan game pool dia tu.  lamaaa.. mmg macam tak fokus kat movie tu pun.  bila aku tegur "bang, tutuplah tivi tu, abang pun bukannya layan citer tupun.."  ehhh.. dia kata biarlah dia nak tengok.. ekekekek.. nampak tak kehebatan multi tasking laki den.  cuba kau tanya apa kah kisah movie tu.. mampuih dia buleh jawab.. dia selalu akan kata.. saya baru tengok ni.  mana tauu.. ekekekek.. banyak kali dah aku buat, cuba2 tengok dari jauh dan cuba2 tanya apakah jalan cerita... ekekekek.. laki aku ni pulak, mmg style dia.  jangan ditanya dia perkara yg sama ulang2. walaupun ceritanya berbeza, situasinya berbeza, dia tetap melenting.  kadang2 kita bukannya nak beria sgt tau.. sekadar bertanya nak memulakan perbualan kan,  ater berbuallah kalu dah laki bini sesama kat rumah tengok tivi kann.. itulah masa bersama keluarga ye tak.  tapi kalu dah kena sound baikkk punya.. "asik2 tanya je awak ni".. makanya apakah peranan sebagai isteri yg minta dilayan dan diberi kasih sayang?  tiada payah lagi lah.  makanya sekarang.  if dia tengok tv.. aku carilah cara utk menghabiskan masa aku.  ekekek.. so, balik ni nak lepak umah mak. nak borak2 dgn mak.  pastu nak borak2 dgn azmeer and si abam, kucin kesayanganku ituu..

eh, kita story pasal semalam lah, aku kuar dgn kak ita sbb kita sama2 nak buat investment dari duit epf.  aku mmg tak tahu yg buleh buat kau.  bila kita dapat info cam ni.. teruslah kita beria2 nak tau.  aku ada lah investment dari epf dulu2 tru public mutual.  tapi akak agent tu dah takde lagi.. dah meninggal since 2011.  aku ada 4 funds.  tapi since dia tak mai service aku lagi, takdelah lagi duit aku diamik dari akaun epf tu, utk dilaburkan.  lama tuu.. so, semalam aku dah juai balik funds tu supaya duit aku dan hasil2 investments dari public mutual itu akan ditransfer balik ke epf.  jadilah bertambah sikit.  kak italah bagi aku bukak minda sikit tentang investment.  masalah org kita ni.. eh.. bukan org kita.. masalah aku.. ehehe.. adalah susah nak buat savings.  padahal savings itulah sgt2 essential dalam usaha memudahkan perjalanan hidup kita masa kini dan akan datang.  tambah2 lagi bila anak2 nak belajar ke institusi pengajian tinggi.. uih ayat kan.  tapi tulah. nak menyambung pelajaran mmg skrg ni bukan murah2.. dulu aku belajar kat itm pun aku dah rasa mak abah aku susah nak menyara perbelanjaan tu, tapi sekarang dah tentu2lah bayarannya lagiiii lah tinggi.  bayangkan.  anak2 aku ada 2 org je.. kalu ada yg anak 8 cemana beb.  ya Allah.. Kau je lah yg maha memberi rezeki pda hamba2 mu.  aku mmg tabik org zaman ni yg ada anak lebih 4 and anak2 pulak semua nak belajar tinggi2 dan pembiayaan dr sistem pendidikan malaysia sgt susah these days.

apa2 pun, aku dah paham sikit tentang cara simpanan yg perlu kita buat.  walaupun aku dah tua dan mungkin masa menyimpan sudah tak lama.  aku tetap akan usaha menerapkan nilai2 menabung itu dalam diri aku dulu.  nanti nak kabor kan ke anak2.  betul jugak usaha aku dari dulu, buatkan akaun utk anak2 dari awal.  menabung walaupun sikit2 utk mereka.  supaya ada asas utk mereka meneruskan esok bila deme dah ada kewangan sendiri.  ini bukan tak  boleh, bukannya mustahil.  cuma perlukan ketegasan dan ketabahan, ye tak.  if kak ita buleh, aku rasa aku pun boleh, in sya Allah.  thanks kak ita.  byk bagi tunjuk ajar dan bimbingan.  tetap bersedekah tu harus diteruskan.  harus dimeriahkan.  buat kebaikan jgn dikira kepada sesiapapun yg memerlukan, cuba bantu.  lebih dekat kita kepada kebaikan, maka Allah dekatkan pintu rezeki utk kita.  jika maksiat yg kita lakukan, maka Allah jauhkan pula pintu rezeki utk kita.  aku yakin sgt bab itu.  so, teruskanlah berbuat kebaikan demi mencari redha dan memanggil rezeki.  kannnnn?

semoga bermanfaat!




No comments:

Post a Comment