Monday, January 23, 2017

pergi takkan kembali

semalam waktu tengah bersiap2 nak pi kenduri nikah syafira (sepupu aku) kat kg nakhoda, laki aku dapat berita abg dia, abg hassan telah meninggal dunia.  innalillahi wa inna ilaihi rojiunnn.. pihak jabatan kebajikan masyarakat yg informed katakan dia dah takde.  masa tu aku dah pun siap.  so, aku agak. laki aku tak jadilah pi kenduri, dia kenalah uruskan hal abg dia tu.  selama ni dia yg rajin menguruskan abg hassan tu.  diorang adik beradik mmg rapat, lagi2 bab abg hassan yg tak berapa sihat sejak mai balik dari pulau pangkor dulu.  dia keje nelayan, tapi sejak berpisah dgn isteri dia di sana, dia balik dan tinggal di belah perlis balik.  haritu tinggal dgn kak lina, kak ipar aku. pehtu sejak dah tak berapa sihat, dia laki aku carikan tempat utk berlindung, ada yg menjaga dia dan dia pun ditempatkan di tempat jagaan macam rumah jagaan org2 tua tu la lebih kurang.  aku dah tak ingat apa ke nama tempat tu.  ikut laki pegi situ adalah 2, 3 kali, tapi takde masuk sebab tempat tu tertutup dan dihuni lelaki semuanya.  so, aku biasa tunggu dalam kereta jer.

last skali aku pi melawat abg hassan masa dia kat hospital kkb.  bila dia tak sihat, deme pakat hantar dia kat spital lah.  laki aku ada lah menghantar pampers utk dia.  kesian tengok tak boleh bergerak nak kena org pimpin.  and pergerakan ke tandas sgt terbatas, so, kenalah pakai pampers.  akupun taktau apakah penyakit dia yg sebenarnya.  ckup kata penyakit tualah.  tak lama lepas tu, abg hassan dapat masuk dan tinggal di jab kebajikan masyarakat kat KKB bila ada kekosongan.  Di sana at least ada yg menengokkan pakai makan dan sakit dia.  actually abg hassan ni ada kembar, nama dia abg husin.  dua2 dorang ni dipanggil paklang.  paklang husin dah lama meninggal, seingat aku masa aku baru keje pwc dalam 2, 3 taun gitu.  ni giliran paklang hassan pulak dijemput Ilahi.  seingat aku, yg dah meninggal adik badik laki aku semua yg lelaki, bermula dr abg aziz, abg husin, abg kassim, abg  che man and abg hasan last ni.  diorang 12 beradik, laki aku yg bongsu and sorang lagi lelaki ialah abg zain yg sulung.  yg lain2 semua pempuan.  alhamdulillah semua masih sihat.

tiap kita ni pasti akan bertemu mati. takkan tercepat maupun terlambat.  setiap amal akan dibalas begitu jugak setiap kejahatan akan juga dibalas setimpal.  kitapun taktau bila, so, kita lah yg kena beringat2 time kita tu dah dekat sgt.  yg sihat pun belum tentu lepas, yg sakit apatah lagi.  ye tak?  ingat mati adalah salah satu cara utk melembutkan hati kita.  ada jugak manusia bila kita selalu citer pasal mati, dia jadi kaget dan melenting katanya macam kita mintak2 pulak, padahal kita mmg kena ingat mengingatkan yg kita ni semuapun bakal jenazah.  huhuuu..

"katakanlah bahwa kematian yg kamu lari drpdnya, pasti akan menjumpaimu dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yg Maha Mengetahui semua yg ghaib dan nyata.  Dia akan memberitahukan kepadamu tentang perbuatan2mu"  ** (Al Jummuah; 8).

"berlomba2lah ke jalan ampunan Tuhanmu dan ke syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yg disediakan bg org2 yg beriman kpd Allah dan rasul2Nya, yg demikian itu adalah kurnia Allah yg diberikan kepda siapa yg disukai, kerana Allah pemilik kurnia yg besar"  ** (Al Hadid; 21).





No comments:

Post a Comment

Trip ke Lostworld of Tambun & Cameron Highlands - Jan 2023

Apekemendenya ntah yg I nak tulis nih.  Nak update pasal cuti2 mmg yeslah.. tapi terlalu byk yg dah tertingga l weh.. ntah mana satu ke yg p...