Thursday, February 16, 2017

jantung ku terhenti melihatmu

dulu few days back, aku gi melawat puspa tak sihat kat spital KPJ rawang.  pi dgn aida royani and zalina and anak aida.  kami pi malam like 8.30, ye lakan, hari keje bagi kami yg masih bekerja ni kenalah tunggu blah malam.  so, kami pi sampailah tamat waktu melawat.  puspa macam dah sihat sikit.  takdelah dia kesejukan dan kenyerian lagi according to her notes earlier masa dia pi spital tu.  kesian bona aku melihat pic and mengenangkan kawan aku sorang ni.  harap dia cepat sembuh dan menjalani kehidupan seharian dgn lebih sihat dan cergas and all!

pastu malam tadi pi damansara lak.  pi melawat adol, suami kaklong maza, my cousin.  dia baru je buat operation taruk stand kat jantung.  ke cemana prosesnya aku tak berapa paham sangat.  kaklong ajak aku tengok adol masa hari aku pi tengok puspa tu, tapi aku pun terlambat, and tak sempat laa.. so, malam tadilah kesempatannya.  dgn laki, mak, along and also ety kami pi.  ameer taknak pi nak buat keje sekolah katanya.  adol nampak cam tak sakit.. pd hal baru semalamnya dia kuar IJN.  adoi.  relax je.  dah nmpak kurus sgt.  borak pasal experience dia masa buat operation tu.  kabarnya dia terberenti bernapas for like 25 seconds masa dalam bilik tu.  adoiii.. komplikasi katanya.  kak long sendiri pun bukannya sihat sgt, dia demam pulak semalam.. cian dorang.  tapi cam tupun kami melawat dia siap masak mi goreng lagi menjamu kami makan.  aduhaiii.. kaklong nasihatkan kami jagalah kesiatan baik2.. yg merokok tu (sapa lagi kalu bukan laki den kan), cubalah kurang2kan.  aik.. buleh ka?  tataulah.. kalu aku yg bercakap, dia buat2 tak heran, seperti angin di laut je berlalu di telinganya.. biarkan sajalah Allah jaga dia.. aku mmg takde kuasa dah.. nak jaga kesiatan, jgn tunggu dah teruk, ye tak?  dia baru2 ni beli teh nak buang toksik bila minum teh tu.  teh sunnah katanya.  menyucikan perut.  aku try 1 uncang je, sakit perut and pinggang sekali lepas beri2 dengan hebatnya.  ekekek.. aku takmo la makan takut kurus sgt nanti.. ekekekek.. mapuhhh







No comments:

Post a Comment